Tom atau dikenali sebagai makcik Zainab merupakan makcik sedara saya berumur 82 tahun yang mula sakit akibat jatuh dari pokok dan disebabkan itu dia pun mula rasa sakit sendiri dan mula ambil ubat di hospital dan cuba untuk berubat di kampung.Kemudian sendi- sendi mula membengkak sehingga sekarang.Dulu mak saya yang jaga makcik Zainab ni tapi mak saya pun dah tak berapa sihat dan kami sekeluarga pun dah jaga dia di sejak 23 tahun yang lalu. Jadi sekarang, saya yang uruskan makcik Tom ini .
Sekarang , dia dia tak dapat nak uruskan diri sendiri lagi dan semua kami yang buat. Dia hanya mampu terlantar di katil sahaj dan nak bangun pun tak berapa larat, makcik Zainab pakai pampers hari hari kerana tidak larat untuk ke toilet. Kerusi roda yang digunakan pun dah tak berapa elok dan kuat lagi , getah di roda pun dah tercabut cabut. Kerusi roda amat diperlukan sebab setiap kali ke bilik air, makcik Zainab ni perlukan kerusi roda untuk bergerak yang dibawa oleh saya. Saya pun merupakan seorang suri rumah dan ada anak 7 orang yang masih lagi bersekolah.
Selama ni segala ubat ubatan di ambil dari klinik kerajaan Pendang, tapi sekarang tak lagi sebab saya nak kesana pun tak ada transport sebab suami hanya kerja kampung sahaja, itupun kalua ada kerja. Mak sedara saya memang duduk dengan saya sebab dia tak berkahwin disebabkan dia merupakan seorang yang Orang Kurang Upaya (OKU) dan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.