Anak saya yang bernama Afeeya Humairah berusia 2 tahun ada penyakit sawan dari sejak lahir lagi, dalam setiap bulan mesti akan terjadi sawannya itu sampailah anak saya berumur 1 tahun, last dia kena sawan baru baru ni selepas keluar dari Hospital Pulau Pinang masa kritikal dia ruang NICU.
Anak saya walaupun dah berumur 2 tahun tapi masih lagi tak pandai untuk berjalan dan merangkak disebabkan daripada sakit sawan dari radang saraf otak anak saya yang ada sel sel saraf terputus dan tak terhubung dengan baik dan dia juga disahkan sebagai kanak kanak yang tidak normal. Perkembangan dan pertumbuhan anak saya dikira lambat untuk perkembangan anak saya pada umur sekarang, tak macam kanak kanak lain.
Sekarang ni semua temu janji anak saya dekat Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang , di pakar kanak kanak dan neurologi pakar saraf di hospital yang sama juga. Kalau fisioterapi anak saya dijalankan di Hospital Sungai Bakap. Rawatan susulan dijalankan setiap dua kali dalam dua minggu. Kalau fisioterapi, anak saya akan buat sebulan sekali sahaja untuk appointment dengan doktor pakar tapi masalah ubat ubatan anak saya dan ubat saraf anti kawal kat radang otak saraf anak saya kena ambik di hospital dalam sebulan sekali.
Anak saya juga memerlukan stroller disebabkan dia tak berapa boleh berjalan seperti kanak kanak lain, jadi setiap kali ke hospital, dia perlukan stroller untuk saya ke tolak dia tetapi disebakan saya masih dalam keadaan tak mampu dan baru sahaja memulakan pekerjaan, untuk beli stroller pun saya masih tidak cukup duit.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.