Assalamualaikum
Saya Shahrizal suami Putri Balqis. Sembilan bulan yang lalu saya dapat berita gembira kerana isteri saya mengandung lagi anak kedua. Selama baby dlam kandungan ,doktor Klinik Kesihatan bagi tahu baby smua ok dan sihat. Dan pada usia kandungan yg ke 9 bulan doktor bagi tahu baby di dalam perut sizenya kecik dan perlu bersalin secara induce. Selepas di beritahu isteri saya kena bersalin secara induce saya terus ambil cuti kerja untuk uruskan isteri saya dan menjaga anak pertama saya yg baru berusia 3 tahun.Selepas dapat tarikh untuk isteri saya masuk ward di HSA, saya terus hantar isteri saya ke hospital untuk masuk ward dan saya terus balik ke rumah untuk menjaga anak sulung saya.
Pada malam pertama doktor sudah berikan perangsang kepada istri saya untuk bersalin secara paksa. Dan selama dua hari doktor periksa masih belum ada jalan untuk melahirkan,pada hari ketiga isteri saya dimasukkan balon untuk membuka jalan bersalin,setelah beberapa jam kemudian balon yg tadi nya sudah di masukkan kedalam rahim telah jatuh kebawah dan air ketuban pon sudah pecah.
Doktor terus pindahkan istri saya dari ward ke ruangan bersalin.semasa dalam ruangan bersalin doktor periksa lgi skali masih belum buka jalan yg besar untuk bersalin,dan istri saya haru mngu sehiga bukaan nya lebih besar dan boleh bersalin, tapi dalam masa 8 jam masih be ada jalan untuk bersalin dan akhirnya doktor mngambil keputusan untuk mebuat czer kepada istri saya di sebabkn sudah trlalu lama baby di dalam perut dan tiada air ktuban. selepas dokt hubungi saya untuk persetujuan melakukan czer kepada istri saya,istri saya trus menjalani czer untuk kluarkn baby .
Dan alhamdulilah istri saya bersalin dngn selamat dan baby pon selamat. Setelah baby kluar , baby langsung di bawa ke ward baby untuk pemeriksaan baby. Dalam masa 24jam istri saya masih blom dapat bertemu anak kami yg kedua lagi sedangkn ibu2 yg lain sudah dapat junpa baby mereka masing2. Dan selepastu doktor menghubungi saya yang mengesahkn anak kedua kami mengalami jantung berlubang di bahagian dinding bawah jantung dan tube dan baby disahkn downsyndrom oleh doktor. Hari kedua istri saya lepas bersalin sudah dibenarkn pulang tetapi baby masih di tahan wad kerna bernafas mengunakan oxygen.
Kami cuma boleh berdoa kepada tuhan agar anak kami boleh bernafas tanpa bantuan dari tabung oxigen,. Dan alhamdulilah selepasa 5 hri di ward baby,doktor beri tahu anak kami di benarkn pulang dan masih perlu berulang alik ke hospital untuk chekup .hampir 3hari skali kami ke hospital dan kelinik keshatan untuk membawa anak kami berjumpa doktor untuk pemeriksan. pada usia anak saya sebulan, kami ad temujanji untuk screening jantung baby sama ada lubang di jantung semakin mengecil atau membesar, dan pada masa itu doktor lihat lubang jantung anak kami masih belom trttup dan agak membesar sidikt.
Dan doktor memberi tahu kepada kami untuk mebuat pembedahan jantung baby dngn segara. Saya trus bertanya pada doktor angaran untuk kos rawatan pembedahan jantung anak saya berapa, dan dok tor angarkn lbih kurang dlm RM50.000 dan sebaiknya membuat pembedahan secpat mungkin nanti takut efect kepda baby . Dalam kedaan sekarng mcm ni,saya masih blom ad pendapatan yg tetap.sbelum ini saya bekerja dia singapura, selepas datangnya pandemic awal thun 2020,saya trus pulang ke Malaysia dan diberhentikn kerja disebabkn lock down pada masatu. Seiring berjalan nya waktu saya pon mncari kerja untuk mnruskn hidup untuk kluarga kami,seteleah hampir 1thun akhir nya saya mndapat kerja sebagai courier secara sambilan dan ,sebualn saya boleh dapat RM1800 bersih ,cukup untuk manmpung perbelanjaan bulanan keluarga kami.
Dan lpas istri saya bersalin ,saya mula ambil cuti dua mingu,tapi disebabkn keadaan anak saya mengalami jantung berlubang dan istri saya bersalin secara czer,saya trus berhenti untuk kerja itu untuk menguruskn anak dan istri saya. Ditambah lagi doktor suruh mebuat pembedahan jantung anak saya secepat mngkin . Di sni kami sekeluarga merendah diri untuk meminta sumbangan untuk kos rawatan pembedahan jantung berlubang anak saya yg dia anggarkn RM50.000. kami berharap sdikit sbnyak agar dpat mengurangkn bebann kami, dan melihat anak kedua saya dpt hidup sperti anak kecil lainnya.
Update 22 / 04 / 2022
Seorng keadaan anak saya masih buar rawatan dirumah, lubang dia jantung nya masih membesar dan masih menungu untuk operation dan kadang-kadang susah untuk dia bernafas dan boleh jadi biru kalau dia start menangis. Disebabkn kos pembedahan yang masih belum banyak terkumpul, menyebabkan anak saya harus menunggu lagi dana untuk membuat pembedahan. Sebulan yang lepas anak saya di tahan di ward hospital HSA disebabkan kekurangan oxygen dan perlu menggunakan alat bantuan oxygen di hospital selama 1 minggu.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.