Atuk Menghidap Asthma Yang Teruk


Atuk Menghidap Asthma Yang Teruk


MarhaenMY - Nik Roslan Bin Mohammed
Kuantan, Pahang
Published: Nov 01, 2021
87.25%
RM 3,520.00 RM 4,000.00


51.0
Baki Lot Diperlukan
352.0
Lot Telah Terbeli
139
Penyumbang
1,357
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum

 

Saya Roslan ingin meminta bantuan untuk membeli barangan kemudahan dan ubat ubatan untuk atuk saya yang menghidap penyakit asma yang teruk. Atuk saya juga ada penyakit darah tinggi . Saya memohon bantuan nie untuk membeli katil kerusi roda ubat ubat alat pernafasan dan oksigen untuk atuk. Sekarang atuk saya terlantar tak boleh nak uruskan diri sendiri.

 

Saya harap dengan bantuan tuan/puan dapat meringankan lagi kos untuk pembelanjaan atuk saya.. Atuk saya duduk dirumah dengan nenek saya. Atuk umur 80 tahun dan nenek 75 tahun. Nenek saya juga ada asma tapi tak seteruk atuk. Atuk dah tak dapat berjalan banyak. Kalau berjalan banyak asma datang menyerang sampai susah nak bernafas. Kadang2 makan nasi pun tak sempat habis dan hanya terlantar tidur je.

 

Atuk saya makan ubat dan guna ubat sedut juga dan yang ubat sedut tu dia banyak guna sebab selalu lelah. Kalau hantar hospital pun kadang dorang tak boleh buat apa cuma boleh bagi oksigen je. Kadang kami ada juga panggil misi yang swasta datang untuk masuk air sebab atuk terlalu letih dan kena bayar RM350 sekali panggil bila nampak teruk atau nampak ayah lemah sangat2. Ubat memang kena beli sendiri, yang ubat pam tu RM50 sebotol seminggu 2 botol dia guna dan tak terkira berapa kali dia guna dalam sehari.

 

Kalau ubat telan tu ada 2 kali sehari 3 kali sehari dia kena makan. Atuk dengan nenek ambil ubat dekat hospital separuh dan beli sendiri separuh dekat Klinik kesihatan bukit belah. Sekarang atuk harap anak dan cucunya untuk menguruskan sebab nenek dah tua dan ade asma juga. Kami hanya dapat bantuan warga emas dapat RM350 sebulan. saya harap ade yang ingin hulurkan bantuan untuk atuk saya.

 

Saya dah berkahwin dan isteri tak bekerja ada seorang anak berumur 4 tahun. Saya hanya bekerja buruh dengan gaji hanya RM55 sehari. Kami duduk rumah sendiri jadi kami tak ada tunggakan sewa rumah ke apa. Saya tak tanggung sepenuh nya. Kira kalau ada lebih duit belanja ada juga hulur ke atuk.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Khalila  RM10.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM250.00
First Contribution
MOHD  RM10.00

51.0

Baki Lot Diperlukan

352.0

Lot Telah Terbeli

139

Penyumbang

1,357

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Khalila  RM10.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM250.00
First Contribution
MOHD  RM10.00