Assalamualaikum. Saya Fauziah merupakan ibu kepada Fazrul yang sedang menghidapi masalah kulit. Anak saya mula menghidap penyakit ini pada tahun 2018 sewaktu dia ingin menduduki peperiksaan UPSR. Fazrul merupakan anak tunggal. Sekarang ini saya hanya mampu membawanya untuk berubat kampung kerana suami saya juga sedang sakit dan saya tidak dapat meninggalkannya seorang diri.
Disebabkan suami saya juga menghidapi penyakit kanser tulang tahap 4, kos perbelanjaan untuk rawatan suami agak mahal dan saya terpaksa gunakan sedikit wang yang ada untuk mendahulukan suami dan akhirnya saya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membawa anak saya ke rawatan yang lebih baik di klinik pakar. Saya berharap agar tuan dan puan dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada saya bagi meringankan beban yang dipikul ini.
Keadaan anak saya masih lagi macam keadaan dulu lagi. Saya tak ada duit nak bawa dia pergi klinik dan ubat pun saya tak dapat nak beli untuk dia. Saya baru bekerja dekat kantin sekolah. Gaji yang saya dapat RM650 sebulan. Dah 6 bulan saya tak bawa anak saya ke klinik. Untuk bantuan, saya ada dapat bantuan daripada zakat sebanyak RM400. Suami saya da meninggal 7 bulan yang lalu dan saya kena selesaikan semua tunggakan bil yang tertunggak. Saya kena bayar separuh bil kos rawatan arwah suami saya sebelum ni dekat hospital Ampang dan hospital KL. Dan saya ada tunggakan motor juga. Sekarang anak saya dah tingkatan 4 dan dia masih pergi sekolah. Ni ubat dia dr klinik bayar. Manakala ubat sapu ada 2 dan satu lagi dah habis, yang ni tinggal sikit dan saya pakaikan sikit2 sebab takut habis cepat. Sabun badan dia pulak semua sekali RM120. Ubat makan doctor tak bagi lagi sebab kena cek darah hari tu saya tak buat sebab tak mampu hanya beli ubat sahaja. Saya ada bil yang belum di bayar dekat hospital Tg Karang, bil dari Hospital Ampang saya dah bayar pinjam duit adik saya. Cuma bil hospital KL dan Tg Karang sahaja masih belum dapat bayar. Keperluan asas saya dan anak alhamdulilah cukup semuanya. Tunggakan sewa memang tak ada sebab zakat yang bayarkan. Saya pun baru je dalam sebulan kerja sebab hari tu lepas habis eddah saya tak sihat. Anak saya pulak selalu tak sihat di sebabkan sakit kulit nya tu. Nak bawa pergi hospital Sg Buloh buat masa ni memang tak mampu la sebab nak pergi kena pakai teksi sebab saya tak pandai bawa kereta.
Anak saya dah lama tak pergi appointment nak dekat 2 tahun setengah sebab arwah suami masa tu pun tengah sakit juga. Arwah suami sakit pun nak dekat 2 tahun setengah juga. Jadi memang susah untuk saya jaga dua orang yang sakit. Kadang2 tu jiran atau adik beradik saya ada hantar makanan kering jadi tak adalah saya terputus bekalan makanan.
Selamat petang, anak masih tak sihat dengan sakit kulit dan sekarang saya pun tak sihat. Saya kena kanser pangkal rahim tahap 4. Harini saya masuk di IKN PUTRAJAYA kena buat radioterapi. Saya kena duduk ward dalam sebulan lebih. Anak saya, adik saya yang tolong jaga. Saya dapat tahu sakit ni dah 3 bulan dan saya terpaksa berhenti kerja dekat kantin sekolah lepas dapat tahu yang saya sakit. Dari segi kewangan memang tak cukup untuk saya dan anak sebab dah tak bekerja. Saya tak ada simpanan sebab beli ubat untuk anak. Selama ni dari segi bekalan makanan saya minta tolong dengan adik. Saya ada tunggakan rumah sewa (bulan 1 dan bulan 2), bil api dan air dan juga tunggakan motor selama 5 bulan. Sewa rumah pun sekarang pusat zakat dah stop tak tahu apa masalah, minggu lepas ada orang pusat zakat dia cakap kena tunggu permohonan baru. Saya dah mohon bulan 12 dan bulan 1 dapat tahu tak lulus dan kena mohon semula bulan 1 ni tak tahu lulus ke tak. Dan saya tak pasti kalau zakat akan bayar tunggakan tu sebab saya tanya dorang cakap tak pasti. Punca saya dapat kanser tu sebab saya bleeding tanpa berhenti lebih 6 bulan. Darah keluar macam period dan saya buat checkup dekat hspital Sg Buloh baru dapat tahu saya kena kanser pangkal rahim tu terus rujuk ke IKN Putrajaya. Radioterapi pulak untuk kurangkan sakit dan bleeding dan mati kan sel2 kanser, Kalau tak saya tak boleh nak berjalan sebab perut sakit. Anak saya, saya hantar ke adik saya. Adik saya duduk di blok i sawah sempadan tanjong karang dan dia tak berkerja dan ada anak sudah berkahwin. Setakat ni saya hanya makan ubat hospital bagi.
Saya baru keluar hospital tanjong karang sebab buah pinggang bengkak. Dengan penyakit kanser saya okay lagi.