Assalamualaikum
Saya Saripah dari Kuantan , saya berumur 39 tahun ,mohon jasa baik semua dapat membantu saya kerana dari awal tahun ini pendapatan Saya sekeluarga terganggu suami saya yang berumur 44 tahun berkerja buat rumah tapi disebabkan pendemik covid19 ini tidak ada orang panggil untuk berkerja dan suami saya pon kadang tak boleh berkerja kerana dia ada penyakit buasir yang teruk kami hanya usahakan ubatan kampung saja , suami saya makan ubat kampung nama pokok tulang patah.
Kami ada tanggungan 4 orang anak dan 2 orang masih bersekolah , yang sulung berumur 18 tahun yang kedua berumur 15 tahun tidak besekolah kerana ada masalah kewangan dan yang ketiga berumur 12 tahun, yang ke empat berumur 8 tahun. Saya baru sahaja berhenti kerja kedai makan dan sekarang ni saya hanya berharap pada anak sulong saya saja yang berumur 18 tahun berkerja di kedai makan di bypas Kuantan kalau suami saya tidak bekerja , dalam sehari kerja kat kedai makan boleh dapat RM35-RM40.
Sekali lagi mohon jasa baik semua , kerana saya ada tunggakkan 2 bulan sewa rumah sebulan RM320, tunggakkan motosikal sebulan RM141 dan tunggakkan bil api . Lagi sekarang anak dah mula bersekolah dan kadang barang asas rumah pun tak cukup , sebulan keperluan asas kami dalam RM400 macam saya beli sikit ii je .. beras gula sabun basuh baju barang asas Ajinomoto garam tepung minyak masak lauk ii harian tu kadang beli telur sesarang je. Saya mohon semua dapat membantu saya sedikit sebanyak untuk kurangkan beban keluarga saya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.