Saya Hamidah dari wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan
ingin memohon bantuan untuk membeli barang basah untuk saya dan keluarga teruskan kehidupan kerana saya dan suami semenjak pkp tempoh hari telah kehilangan kerja dan tiada pendapatan. Sebelum ini suami kerja tolak sayur di Pasar Wakaf Che Yeh mendapat upah sebanyak RM45/ hari untuk 3 orang tanggungan tetapi sejak PKP, uptown di Wakaf Che Yeh tutup dan tidak lagi dibenarkan meniaga.
Pada bulan 3 juga, kami sekeluarga mula menjaga ayah saya yang berumur 70 tahun, sebelum ni ayah saya bekerja sebagai tukang cuci di Langkawi tetapi setelah ayah saya jatuh sakit (darah tinggi, gastrik dan minor stroke) . Saya dan suami lah yang menjaga dia. Sekarang suami baru sahaja mendapat dpt (kerja sambilan) kadang ade kerja kadang tiada kerja tarik khemah lori sayur bergaji rm30/hari. Rumah sewa telah pun tertunggak selama 2 bulan (RM250/bulan).
Saya tidak pernah minta mana mana bantuan sebelum ini.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.