Bantuan Buat Abah Bergantung Mesin Oksigen 24 Jam


Bantuan Buat Abah Bergantung Mesin Oksigen 24 Jam


MarhaenMY - Juhani bin Jeeraaee
Kluang, Johor
Published: Nov 08, 2021
31.1%
RM 3,110.00 RM 10,000.00


689.0
Baki Lot Diperlukan
311.0
Lot Telah Terbeli
136
Penyumbang
1,659
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya Azmi pemohon untuk abah saya. Abah saya merupakan pesakit asthma kronik. Baru baru ni abah minta hantar ke hospital. Selepas seminggu, doktor benarkan abah balik tapi paru-paru abah dah tidak dapat berfungsi. Abah bergantung kepada mesin 100%.

Mesin yang digunakan ada 2 dan kedua-duanya kami sewa dari penduduk kampung dengan kadar sewaan rm250 sebulan. Kami sewa 2 sebab mesin sentiasa on dan bimbang akan terlalu panas jika on 24jam.

Abah juga sekarang pakai pampers. Pakai brand Dr.P tapi jadi melecet. Abah terbaring je sekarang. Abah memerlukan katil macam di hospital yang boleh dilaraskan tinggi rendah. Sebab abah semput, tidur perlu kepala ditinggikan. Sekarang kami cuma mampu gunakan katil bujang dan modified sendiri dengan memasang besi sebagai pemegang. Untuk tinggikan kepala kami gunakan bantal yang banyak dan nampak abah kurang selesa. Untuk katil tu saya dah survey dekat farmasi sebab saya ada member card. Katil yang saya survey memerlukan kos RM1800-RM2500.

Kami ada 8 orang adik beradik. Sekarang yang duduk sebumbung ada 13 orang. Akak sulung(ibu tunggal), akak no 2 dan abg ipar, 4 anak saudara, 2 adik perempuan, 1 adik ipar, mak, ayah dan saya. Adik ipar duduk dengan kami sebab isteri dia(adik saya) bekerja di kedai runcit sini dan suami dia malam berniaga burger. Kakak saya yang sulung OKU dan tak berkerja.

Yang kedua, berniaga kuih, itupun kalau ada tempahan yang dia dapat dan ada anak2 kecil dan dia yang bantu belikan katil abah. Yang ketiga surirumah dan ada 3 orang anak. Suaminya kerja sebagai guard sekolah. Yang keempat dan kelima abang saya kerja lori dan ada anak-anak  kecil juga. Saya yang keenam dan saya kerja ikut orang. Tapi sekarang sejak abah sakit, saya hanya ambil upah kerja2 kampung sebab tak boleh jauh dengan abah. Sebab apa2 saya yang selalu bawa abah ke hospital, ambil ubat dan lain-lain. Bawah saya adik perempuan 2orang belum bekerja. Semua adik beradik ada membantu cuma belum mampu untuk belikan abah katil hospital dan mesin oksigen. Dari situ la kami berkongsi sedikit seorang untuk membeli keperluan harian..

Ubat-ubatan abah ada yang ambil di hospital dan ada yang beli. Ubat dia dapat menampung sampai tarikh temu janji nya selepas itu ubat dan apa segala kena beli di farmasi terdekat. Selepas temu janji hospital bagi ubat untuk tahan selama 2 minggu sahaja. Moga ada yang sudi membantu untuk kami belikan abah katil hospital dan mesin oksigen serta ubat-ubatan dan keperluan abah. Tapi abah betul betul sakit dan dia bergantung kepada mesin oxigen 24 jam kerana paru-paru abah dah rosak dan tak boleh nak pump oxigen. Abah buat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. Abah kalau ke hospital pasti di tahan ward dan kos ulang alik sekali RM100. Terima kasih.

 

Update 23 / 06 / 2022

Assalammualaikum tuan, saya nak bagitahu.. Ayah saya Juhani bin Jeeraee da kembali ke rahmatullah jam 9.51pm tadi tuan.. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Felda Ulu Belitong, Kluang Johor..

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hatim  RM10.00
Top Contribution
Aira  RM120.00
First Contribution
Syaza  RM10.00

689.0

Baki Lot Diperlukan

311.0

Lot Telah Terbeli

136

Penyumbang

1,659

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hatim  RM10.00
Top Contribution
Aira  RM120.00
First Contribution
Syaza  RM10.00