Dugaan Buat Si Ibu Yang Strok Separuh Badan


Dugaan Buat Si Ibu Yang Strok Separuh Badan


MarhaenMY - Muhammad Ridhwan Bin Ramli
Jeram, Selangor
Published: Nov 11, 2021
34.4%
RM 1,720.00 RM 5,000.00


328.0
Baki Lot Diperlukan
172.0
Lot Telah Terbeli
100
Penyumbang
935
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Salam semua. Mak saya telah kena serangan strok separuh badan di sebelah kiri , kesuluruhan badan sebelah kiri tidak berfungsi , saya dan ayah saya kena jaga mak dengan bergilir gilir , pada waktu siang saya yang akan menjaga ibu saya dan di sebelah petang saya akan pergi kerja selepas bapa saya pulang. Tujuan saya memohon bantuan adalah untuk meringankan sedikit beban untuk membeli barang barang keperluan seperti pampers , undepad ,katil dan juga ubat ubatan ibu saya. Sehari ibu saya akan pakai 4-5 pampers normally. Sebab ibu saya juga menghidap kencing manis jadi kadar dia buang air kecil tu sangat kerap. Dalam sebulan, kami perlukan dalam 17-19 pack.

Ibu saya memang ada sakit 3 serangkai, kencing manis, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Sebelum ni ibu saya mmg ada buat operation buang kaki sebelah kiri akibat kencing manis. Ibu saya seorang OKU. Beberapa hari sebelum ibu saya disahkan stroke, ibu saya mengalami kebas di bahagian tangan yang tak hilang hilang, kemudian tangannya berasa semakin lemah. Ayah saya sangkakan kebas yang biasa. Tapi tiba tiba satu hari tu ibu saya bagitahu yang tangan dia terasa sangat berat dan susah nak angkat. Jadi ayah saya bawa ke hospital KPJ Shah Alam dan Doctor bagitahu yang ibu saya mengalami pendarahan otak di sebelah kanan.

Sepatutnya pada hari yang ke 5, ibu saya dibawa ke CVSKL untuk dapatkan pengesahan sama ada artery di bahagian kanan totally block atau tidak. Sebelum itu, segala kos perbutan/rawatan ini ditanggung oleh company ayah saya dan company ayah saya ICP hanya ditanggung di KPJ sahaja. Jadi disebabkan itu, ibu saya dibawa balik rumah dan dijaga oleh saya dan ayah sahaja. 

Ibu saya totally stroke sebelah kiri, bahagian sebelah kiri langsung tak boleh bergerak. Setiap 5-15 minit, ibu saya akan minta untuk didudukkan dan dibaringkan. Makan, minum, buang air semua nya saya dan ayah yang kena uruskan. Saya tak ada adik beradik lain sebab saya anak tunggal. Jadi tanggungjawab saya besar nak jaga mak saya yang sakit. Dengan gaji saya yang kurang RM2000 sebulan, saya harap ada orang yang sudi untuk membantu saya. Sebab tu saya dan ayah jaga ibu secara bergilir gilir sebab kami berdua masih lagi bekerja. Alhamdulillah dengan company yang saya bekerja sekarang sangat memahami keadaan saya dan mengizinkan saya masuk lambat ke kerja. Jadi saya boleh cover untuk jaga ibu saya sekiranya ayah saya keluar bekerja. 

 

Update 2 / 12 / 2022

Pihak MarhaenMY mendapat perkhabaran dukacita bahawa ibu kepada Ridhwan telah meninggal dunia.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hafizi  RM50.00
Top Contribution
Rusida  RM100.00
First Contribution
Aisyah  RM10.00

328.0

Baki Lot Diperlukan

172.0

Lot Telah Terbeli

100

Penyumbang

935

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hafizi  RM50.00
Top Contribution
Rusida  RM100.00
First Contribution
Aisyah  RM10.00