Bantuan Baiki Zink Dan Lantai


Bantuan Baiki Zink Dan Lantai


MarhaenMY - Yenjia binti Lasharus
Kota Kinabalu, Sabah
Published: Nov 15, 2021
67.23%
RM 2,353.00 RM 3,500.00


114.7
Baki Lot Diperlukan
235.3
Lot Telah Terbeli
137
Penyumbang
1,555
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya memerlukan zink terpakai dan plywood yang masih boleh digunakan untuk kami berteduh dan repair rumah mana yang patut. Kami tidak mampu untuk membeli yang baharu kerana saya dan suami hanya menjual air dan makanan sahaja di tepi jalan. Kebelakangan ini, hasil jualan kami tidak memadai, kami hanya dapat lebih kurang dalam RM130-RM150/ hari tolak modal dalam RM80/ hari tapi itu pun ikut keadaan cuaca juga. Kadang kadang bila hujan lebat dan banjir nak sampai seratus tu memang susah sangat. Harga zink dalam RM20/keping, plywood lantai 72 sekeping jenis tebal sikit tak mudah rosak, ada juga yang nipis RM28 tapi terlalu nipis.

Rumah itu memerlukan dalam 10 keping zink sebab zink yang ada di rumah ini sudah pun bertagar habis dah dan masuk air juga bila hujan kuat, baru-baru ni zink dapur ada tercabut sebab angin yang kuat dan hujan tapi dah paku balik bagi kuat, dan plywood lantai dalam 6 keping sahaja kalau ada rezeki dapat lah kami buat sikit sikit. Rumah ni sahaja lah tempat kami berteduh seramai 4 orang yang duduk, sebab nak sewa rumah yang lebih elok dan keadaan yang baik , memang kami tak berapa mampu buat keadaan sekarang ni.

 

Update 6 / 10 / 2022

Waalaikumsalam wbt, terima kasih sudi bertanya mengenai keadaan kami. Keadaan kami memang agak sukar sekarang sebab hujan sahaja. Kami hanya usaha berjualan tepi jalan, tapi buat masa ni tidak cukup modal untuk beli khemah untuk kegunaan berjualan dalam masa yang sama hanya berjualan kecil kecil air sahaja dan berjual dekat kolombong tepi tepi jalan sahaja. Kalau ada rezeki mahu juga jual makanan kuih muih tapi belum ada modal juga. Setakat ni berjual air saja ini pun tiada khemah kalau dah nak hujan terpaksa laju laju kemas tapi semoga kita semua dibuka kan jalan dan diberikan rezeki yang berlimpah 🤲 Sekarang tempat tinggal kami ditutup sebab tanah laluan keluar kawasan rumah kami tanah orang lain jadi sekarang memang sukar sangat. Owner yang harus bertanggungjawab pun tidak mahu buat apa apa. Dana yang sebelum ni saya dapat, Alhamdullilah dapat buat dapur dan keperluan sedikit dengan dana tu masa tu. Alhamdullilah, saya amat bersyukur pada team marhaen. Alhamdullilah syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan 🤲

Sewa rumah sebulan RM220. Air karan sambung dengan jiran. Sebab sini rumah-rumah setinggan. Jadi air karan kena sambung sahaja pada rumah yang ada air dan karan. Sekarang memang sukar sebab hujan. Kadang-kadang ikut pada cuaca, kalau berjual time hujan RM40 itu pun modal air tak berbalik. Kalau panas matahari ada juga RM80 tapi sekarang memang susah. Saya kira nak kumpul nak buat modal jualan makanan atau sayap-sayap (ayam) macam tu 🥲 air karan belum terbayar lagi dah masuk 3 bulan sebab duit cukup-cukup buat bayar sewa rumah. Tu pun sewa rumah bulan lalu belum bayar lagi, suami nak berkerja susah dia tak dapat buka mana-mana akaun bank sebab kad bank dia disalah gunakan. Dia terpedaya dengan orang cina tu kata nak sewa kad bank dia atas urusan transaksi bisnes, jadi dia janji nak bayar sewa minggu minggu RM300. Sekali saja lah orang tu ada bayar lepas tu tiada senyap suami call tak dapat. Lepas tu pihak bank call kata ada orang buat report duit mereka masuk pada penama atas suami saya dan dari situ kami dah tahu yang suami saya di tipu. Suami ada buat laporan polis juga atas orang tu guna kad suami tapi tak tahu pula digunakan untuk penipuan. Jadi sekarang mana-mana kerja semua nak bayar gaji pekerja melalui bank jadi memang sukar suami nak dapat kerja buat masa ini. Jadi memang kami berharap dengan jualan sahaja.

Keperluan asas kami terus terang saya katakan memang tak cukup, tapi mak saya ada kirim juga duit sikit buat beli makan masa tu betul-betul kami kehabisan keperluan makanan tapi sekarang susah mak saya pun tak dapat nak bantu sebab mereka pun susah dan mak saya tak sihat sebab sakit Gerd. Kalau ada rezeki saya harap dan mohon sangat dari segi bantuan buat modal untuk beli barang niaga dan keperluan asas sedikit semoga lah dipermudahkan urusan ini 🙏 terima kasih banyak sis dari marhaen 🌹 Saya tak ada dapat mana2 bantuan tapi pernah dapat bantuan dari NGO tapi dah lama dah sekarang dah tak dapat. Anak saya sekarang masuk 3 tahun yang bongsu, anak pertama 5 tahun tapi tinggal dengan nenek dia di kampung jadi yang bongsu ni dengan kami disini.

Read More



Updates




Update 8 / 05 / 23

Selamat pagi juga ya sangat2 memerlukan 😔 dari segi model untuk berniaga kembali dan keadaan sekarang susah sangat.

Read More



Recent Contribution
Iman  RM3.00
Top Contribution
Md  RM100.00
First Contribution
Aira  RM60.00

114.7

Baki Lot Diperlukan

235.3

Lot Telah Terbeli

137

Penyumbang

1,555

Pengunjung
Recent Contribution
Iman  RM3.00
Top Contribution
Md  RM100.00
First Contribution
Aira  RM60.00