Rawatan CAPD Buat Ayah


Rawatan CAPD Buat Ayah


MarhaenMY - Mohd Jaffar bin Abdul Hamid
Kota Kinabalu, Sabah
Published: Nov 15, 2021
88%
RM 5,310.00 RM 6,000.00


72.0
Baki Lot Diperlukan
531.0
Lot Telah Terbeli
244
Penyumbang
2,023
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Ayah saya ni penghidap sakit buah pinggang stage 5, sebelum ni nak buat tu dialisis darah tapi kmi tak mampu untuk menyediakan kewangan begitu besar setiap kali rawatan, so kami decide ambik rawatan cuci buah pinggang pakai air baxter. So kalau cuci buah pinggang pakai air tu kena buat 1 hari 4 kali spanjang hayat jadi kena beli smua peralatan untuk digunakan. Tambahan ayah saya juga minum susu ensure. Selain tu, ayah saya memang setiap bulan akan ada temujanji kat hospital.

 

Selain menjaga ayah yang sakit saya juga menjaga ibu saya bekas pesakit kanser rahim dan now ibu saya sekarang tak boleh berjalan kecuali menggunakan kerusi roda atau tongkat kaki 4 tu disebabkan kaki sbelah kiri membengkak dah buat 3 kali operasi pada tahun 2019 dan akan ada susulan lagi tapi tarikh belum ada diberikan. Jadi untuk pembiayaan rawatan memang mmerlukan kos yang tinggi, dikenakan lagi bekas pkp kan so memang soal kewangan memang jatuh menjunam. Saya dan adik beradik pun semua dah bekeluarga ada yang masih belum ada pekerjaan kerana dah dibuang dan ada juga abang saya yang baru bekerja.

 

Update 12 / 02 / 2022

For now, ibu saya setiap bulan kena pergi hospital untuk check up. Saya ada apply JKM tapi still belum ada kelulusan lagi buat masa sekarang ni. Sekarang saya meniaga depan rumah waktu sekolah sambil jaga ibu dan ayah. Abang saya sorang lagi kerja nelayan so boleh la cover sikit expenses satu family. Itu pun kalau ada, adalah. Sebab dia kerja pun ikut orang kan.

 

Update 8 / 07 / 2022

Assalamualaikum terima kasih kerana sebelum ini pernah membantu ayah saya. Alhamdulillah ayah ada sihat cuma setakat ni macam tu juga masih mudah dijangkiti kuman. Sebab ayah saya buat dialisis kat ruang tamu sahaja sebab tak ada bilik khas untuk dia. Sekarang ayah dah 4 hari kat wad jangkitan kuman. Masa masuk tak ada bayaran dikenakan cuma nanti waktu keluar je la baru tau berapa yang kena bayar. Bila ayah keluar tu tak pasti lagi, cuma ni hari ayah saya kena buat pembedahan kecil. Sebab tak boleh dah buat dialisis air, dah 3 kali kena jangkitan kuman. So tadi buat operation kecil kat leher untuk buat dialisis darah. Bulan lalu saya ada try apply Zakat untuk ayah saya, cuma belum ada kelulusan lagi dan masih dalam proses. Saya ada dapat surat dari hospital untuk hantar ke zakat.

 

 

Update 19 / 07 / 2022

Assalamualaikum. Boleh tak saya nak pohon kan dana sedikit untuk ayah saya? sebab sekarang ni ayah saya dah buat rawatan dialisis darah 3 kali seminggu. 1 rawatan akan di kenakan caj lebih kurang dalam RM300 so kos untuk seminggu dalam RM900. Ayah saya juga masih lagi di tahan kat hospital buat masa sekarang. Ayah saya masih macam sebelum ni. Lemas dan kurang selera makan. Sejak 2 julai tu ayah saya masuk hospital. Sekarang dah buat dialisis darah. Sebab tempat hos kat perut untuk dialisis air tu dah berkuman. Jadi ayah saya kena tahan wad sampai dah tak ada kuman. Selagi tak okay selagi tu la kena stay kat wad.

Esok petang 20 / 07 / 2022 ayah saya boleh keluar dah. Ayah saya tak buat dialisis air dah. Sekarang kena buat dialisis darah sebab kalau nak tebuk lagi takut kena jangkitan semula. Dia kena check 3 kali seminggu. So 1 bulan 12 kali.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Shakira  RM10.00
Top Contribution
Sofea  RM360.00
First Contribution
Maz  RM30.00

72.0

Baki Lot Diperlukan

531.0

Lot Telah Terbeli

244

Penyumbang

2,023

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Shakira  RM10.00
Top Contribution
Sofea  RM360.00
First Contribution
Maz  RM30.00