Bantuan Buat Ibu Kegagalan Buah Pinggang


Bantuan Buat Ibu Kegagalan Buah Pinggang


MarhaenMY - Siti Khatijah Bt Ali
Baling, Kedah
Published: Nov 15, 2021
29.4%
RM 1,470.00 RM 5,000.00


353.0
Baki Lot Diperlukan
147.0
Lot Telah Terbeli
51
Penyumbang
788
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Ibu saya mengalami kaki bengkak dah setahun dan saya bersangka ibu jadi gout sebab ibu bagitau bila makan udang je akan bengkak kaki kedua-dua belah kaki dan ibu selalu bagitau badan panas macam kena salai api bahagian belakang tengkuk dan pinggang. Selepas tu ibu bagitau rasa mudah penat bila begerak walau di halaman rumah. Saya bawak ibu ke hospital sepanjang perjalanan 1 jam ke hospital mak saya sesak nafas dalam kereta saya urut hingga sampai hospital memang agak teruk kena tahan seminggu doktor kesan ada buah pinggang rosak dan darah jadi beku dalam salur darah jantung. Jantung tidak boleh pam air naik masuk paru2, nadi turun 50, bp atas 100 bawah 60. Doktor bagitau kena makan ubat cair darah seumur hidup buah pinggang perlu buat dialisis kena minta bantuan zakat, keratenin buah pinggang 364 bacaan buah pinggang turun 11.

 

Doktor bagitau berpunca dari kencing manis mak rosak buah pinggang sebab gula selalu naik tinggi dan pankreas rosak gula jadi tak terkawal. Saya bercadang untuk mendapatkan rawatan homoepati kos mencecah RM4k tidak termasuk ubat-ubat. Saya terpaksa jual apa yang ada sebab doktor kata boleh buat rawatan untuk peringkat awal lagi. Saya nak elak dialisis kalau mak dialisis lagi susah sebab saya dengan suami sahaja yang uruskan mak di kampung. Saya dan suami tak boleh bekerja balik. Kiranya sekarang ni keadaan ibu teruk dan tak boleh tinggal sendiri, saya kena sentiasa pantau apa yang mak kena makan dan ubat setiap jam dan 2 kali mak pengsan sorang-sorang.

 

Suami terpaksa buat kerja-kerja kampung tetapi ikut jugak, kadang ada jika ada lepas la belanja dapur RM30-40. Dalam masa yang sama ayah saya ada sakit usus bengkak dan appointment dari PKP tahun lepas sampai la kena tangguh untuk operation Hernia. Baru ni saya ada ambik i - lestari dan i-sinar RM11k KWSP sebanyak tu saja yang saya ada. Saya nak guna buat modal sebaik2 nya memandangkan rumah ibu dalam pendalaman kampung kerja2 lain tak ada saya ambik insiatif ternak lembu saya beli bela untuk korban tiba mak perlukan rawatan saya terpaksa jual sekor demi sekor untuk buat rawatan ibu. Di mana saya pun ada tekanan darah tinggi tak menentu naik turun. Baru-baru ni juga mak saya ada memohon bantuan zakat tetapi masih dalam proses lagi. 

 

Update 5 / 10 / 2022

Mak masih follow up dekat hospital dan sekarang buah pinggang stage 5. Doktor suruh mak buat dialisis tapi mak tak nak. Saya terpaksa ambik luar rawatan homoepati untuk kurang sodium potosium dn ubat farmasi untuk tambah sel darah merahSaya dah mohon zakat untuk ibu tapi di luluskan atas nama ayah sebanyak RM200 sebulan. JKM pun saya ada apply cuma senyap macam tu je mungkin tak lulus. Ayah pun tak sihat usus jadi henia usus bengkak nak kena operate. Ayah ada kena buat rawatan dan doktor ada panggil masa covid hari tu tapi hospital penuh tak jd. Banyak kali pergi tapi jadi tangguh2 sampai ayah merajuk tak nak pergi dah. Sekarang ni dia cuma bertahan la, kalalu okay tu okay la. Kalau sakit tu jalan perlahan2 jugak la. Sekarang saya cuba berniaga sikit2 dekat pasar malam. Manakala saya dan suami dalam proses penceraian. Saya berniaga takoyaki dan punca kami dalam proses bercerai sebab suami tak bekerja dan abaikan kan nafkah. Saya dah pergi mahkamah tapi dorang minta ambik peguam swasta sebab suami tak bagi kerjasama. Saya dah minta suami ke mahkamah untuk lafaz tapi suami tak datang. Mahkamah kerajaan susah nak ambik tindakan kena ambik peguam swasta buat kes baru boleh ambik tindakan.

Saya ada 2 orang anak. Yang pertama 17 tahun mengaji dekat pondok dan yang kedua 3 tahun. Saya terpaksa ikhtiar bekerja cari nafkah untuk mak ayah dan saya dengan anak. Yang terasa sangat tu dekat bil perubatan mak. Doktor cakap stage 5 tahap bahaya pada mak kalau tak buat dialisis. Doktor pesan saya kena pantau betul2 sebab mak boleh jatuh dan tak sedar bila2 masa saja boleh koma sebab darah makin kotor jadi sya terpaksa buat rawatan dekat homoepati untuk keluarkan apa2 yang tak boleh ada dalam darah. Dan saya ambik ubat buah pinggang dekat doktor Pha o lang. Alhamdulilah boleh bertahan. Sebulan boleh mencecah RM1000 untuk perubatan mak. JKM nak bagi buat rawatan tapi mak tak nak buat dialisis. Hari ni jumpa doktor dan cakap garam tinggi dalam darah. Ikut doktor cakap tak boleh balik rumah dah, kena tebuk emergency dekat paha cuci darah tapi mak tetap tak nak. Sebab tu saya terpaksa ikhtiar ke homoepati bekam darah keluarkan garam. Homoepati ni kena bayar RM280 dalam sebulan 3-4 kali ikut bajet kalau tak mampu buat 2 kali sahaja.

Saya berniaga setiap pasar malam Malau, Desa Aman, Badang, Sedim, Mahang. Kadang-kadang dapat RM300 sehari tak termasuk modal dan gaji orang kerja sebab saya ada anak 3 tahun nak kena bawak sama mengasuh sambil buat kerja. Saya seorang tak boleh buat. Saya upah jiran RM30 untuk tolong saya niaga. Adik beradik saya ada 4 orang dan saya no 2. Yang lain tak ambik tahu pasal kami dan balik jenguk pun tak dah bertahun2 dah. Duit KWSP yang dulu saya keluarkan tu saya buat beli kenderaan sebab saya nak berniaga dan takut ada masalah dengan suami nanti nak bergerak kerja tak boleh kalau kongsi. Saya hanya boleh niaga je tak boleh kerja dengan orang. Nak jaga mak ayah, anak lagi memang perlu banyak masa kalau niaga saya boleh atur apa yang nak buat.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zul  RM30.00
Top Contribution
Haz  RM140.00
First Contribution
Amir  RM20.00

353.0

Baki Lot Diperlukan

147.0

Lot Telah Terbeli

51

Penyumbang

788

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zul  RM30.00
Top Contribution
Haz  RM140.00
First Contribution
Amir  RM20.00