Suami Stroke Hilang Pendapatan


Suami Stroke Hilang Pendapatan


MarhaenMY - Roslan Shafiei
Pasir Gudang, Johor
Published: Nov 15, 2021
58.04%
RM 2,902.00 RM 5,000.00


209.8
Baki Lot Diperlukan
290.2
Lot Telah Terbeli
128
Penyumbang
2,785
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Salam. Saya ingin memohon bantuan untuk tunggakan sewa rumah dan juga untuk bantuan modal perniagaan kecil kecilan menjual jajan di depan rumah saya. Saya mempunyai seorang sahaja tanggungan iaitu anak saya yang berada di tingkatan 1. Suami saya tidak dapat lagi memandu lori sampah diakibatkan strok pada bulan 8 tahun lepas.

Dia mendapatkan rawatan di hospital Sultan Ismail. Dia strok di sebelah kiri , dan pada awal 5 bulan , dia tidak mampu untuk bergerak langsung dan hanya terlantar di atas katil sahaja. Saya hanya meniaga jajan di depan rumah sahaja untuk menampung kehidupan seharian selain mendapat bantuan JKM sebanyak RM300/bulan. Sewa rumah tertunggak sebanyak 2 bulan , RM450/bulan tetapi setelah saya membayar sedikit demi sedikit.

Sewa tersebut tinggal RM250 sahaja baki. Perniagaan kecil saya itu mendapat untung lebih kurang RM25/hari itupun kalau ada kanak kanak yang membeli kalau tak lagi sikit daripada itu.Saya juga ada mengambil tempahan kek atau dadih tetapi sebulan, ada lah dalam berapa kali sahaja. Suami saya masih mendapatkan rawatan fisioterapi tetapi hanya setahun dua kali sahaja.

 

Update 28 / 09 / 2022

Keadaan kami masih juga sama. Saya buat masa ni memerlukan bantuan untuk meneruskan perniagaan kecik2 saya itu. Tempoh hari saya berpindah ke rumah baru dan wang simpan yang ada saya guna untuk deposit rumah yang baru. Jadi simpanan saya sudah tidak ada. Suami saya masih juga begitu. Saya cuma memerluakan untuk membeli barang2 niaga saya untuk saya meneruskan perbelanjaan kos kehidupan kami untuk membuat pusingan modal sahaja. Saya masih berniaga di depan rumah.

Suami baru sebulan kerja sebagai guard dengan gaji RM1000 sahaja dan masih dalam keadaan strok sebelah kiri tapi masih boleh berjalan perlahan. Suami bekerja di tempat kerja lama dia. Kami pindah rumah sebab tuan rumah ambik semula rumah dan saya masih menyewa juga. Dekat 5 bulan dah pindah. Dulu duduk di tingkat 1 tapi sekarang di tingkat 5. Suami terpaksa bekerja sebab rumah sewa harus dibayar setiap bulan. Saya pula bukan tak nak bekerja tapi saya kena sentiasa siap sedia sebab suami saya bukan lah sihat sangat sebab tu saya membantu dengan berniaga kecik2 di depan rumah.

Saya ada cuba memcari rumah sewa yang murah tapi tidak ada cuma memohon rumah di flat Taman Cendana sampai sekarang tiada jawapan. Rumah sewa sekarang sewa RM450 sebulan dan masih ada tunggakan 2 bulan dan saya bayar sikit2. Tunggakan terjadi pun sebab masa tu suami saya jatuh ditempat kerja dekat 2 bulan juga tidak bekerja masa tu. Ni baru start kerja sebulan, alhamdulillah majikan masih terima. Anak saya juga masih bersekolah. Dapat gaji RM1000 setiap bulan pun tidak dapat menanggung semua yang perlu dibayar. Kami tak ada tunggakan bil api air sebab sikit sahaja. Jualan jajan ni kalau hari sekolah tu tak berapa ramai tapi tunggu cuti sekolah lah baru ada budak2. Hari biasa kadang nak dapat RM5 pun susah tapi kalau cuti sekolah dapat lah dalam RM30 macam tu.

Read More



Updates




Update 28 / 02 / 2023

Masih seperti itu dalam keadaan suami yang tak sihat dan saya tak mampu nak bercakap lebih. Lebih2 lagi sekarang rumah yang saya duduk ini tuan rumah nak semula. Maksudnya tuan rumah saya hendak jual rumah ni. dan saya masih mencari rumah yang baru untuk kami sewa. Suami saya masih lagi bekerja sebagai guard di tempat yang sama. Saya ada buat permohonan rumah di flat taman cendana. Tidak jauh dari rumah sekarang dan yang menyewa melalui kerajaan. Dekat area sini ada sahaja yang rumah kosong tapi kadar sewa tu yang pada saya saya kurang mampu. Sekarang pun RM450 beban juga kepada saya apatah lagi lebih daripada tu. Sehingga rumah bertukar nama, saya masih ada masa untuk mencari2. Saya masih lagi menjual jajan depan rumah. Keperluan asas apa yang ada saya cuba cukupkan, kena lebih berjimat cermat buat masa ini. Untuk anak keperluan sekolah dia macam buku dan barang2 lain.

Read More



Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Yazma  RM130.00
First Contribution
Iylia  RM20.00

209.8

Baki Lot Diperlukan

290.2

Lot Telah Terbeli

128

Penyumbang

2,785

Pengunjung
Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Yazma  RM130.00
First Contribution
Iylia  RM20.00