Salam.
Nama saya Masririah Bt Idris,umur saya 36 tahun saya suri rumah dan berniaga makanan, tapi sejak PKP yang mula-mula dulu saya tak dapat berniagga dah. Modal dan untung yang saya simpan habis sepenuhnya malah melarat lagi bila suami diberhentikan kerja. Dapat kerja semula baru 6 bulan diberhentikan kerana syarikat sedang mengurangkan pekerja. Saya hendak berniaga semula tetapi saya masih tiada modal. Saya ada 7 orang anak 5 lelaki 2 perempuan,yang sulung 19 tahun baru seminggu start kerja di negeri Sembilan. Yang no 2 berumur 17 tahun baru habis giat mara. Yang ke 3 berumur 13 tahun sekolah asrama. No 4 berumur 10 tahun yang ni ketinggalan betul sebab tiada hp lebih untuk PDPR, no 5 5 tahun tabika, no 6 2 tahun, no 7 setahun.
Saya tinggal di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Baru- baru ni saya dapat tempat untuk berniaga semula dan ada yang beri sumbangan Konopi dan Meja. Saya semalam dah masak sambal nasi lemak seperiuk besar, tapi nak berniaga tidak dapat sebab ada kawan janji nak pinjam kan saya modal tapi sampai masa bila saya masa wasap untuk bertanya tentang modal yang dia janjikan untuk bantu saya pinjam tu macam mana dia diam seribu bahasa. Jadi saya kekurangan modal untuk beli barang² basah seperti ayam, telur timun, beras, santan, mee, bihun, plastik bungkus makanan, kerusi dan plastik untuk letak makanan. Saya juga penghidap anxiety dan deep depression, asthma dan darah tinggi. Saya juga ada mendapat bantuan dari Zakat dan program penjana kerjaya.
Saya masih lagi memerlukan bantuan sebab anak saya baru lepas habis operation. Anak saya accident lepas balik kerja dan limpa dia pecah stage 5. Anak saya da discharge tapi masih belum boleh bekerja lagi. Dia dah operate bulan 8 lepas. Saya dan suami dalam proses bercerai. Naik mahkamah 12 / 10 / 2022 ni. Saya masih lagi berniaga dan saya tengah cuba dapatkan cafe di Darul Quran Jakim Selangor sebab baru ambik borang tender. Saya cuma kekurangan modal dan nak hidupkan SSM pun tak buat lagi. Anak yang bersekolah 3 orang tahun ni, tahun depan 4 orang. Yang anak saya accident pun sambung belajar juga tahun depan sebab dia baru convo bulan 8 baru ni. Anak saya ni belajar Giatmara juga dan SKM3 lepas ni. Kami teruskan hidup memang bergantung dengan saya berniaga kecik2. Zakat yang saya dapat RM650 dan duit tu bayar untuk duit sewa rumah sebulan RM650 juga.
Bil elektirk kami sampai tertunggak RM15000 sebab suami tak bayar. Macam mana boleh tertunggak banyak sebab bil elektrik memang suami yang uruskan. Saya uruskan bil api dan sewa rumah dan tak ada tunggakan. Sebab tu saya tak tahu tertunggak banyak tu. Sekarang bil elektrik dah kena potong sebulan. Sejak tertunggak ni memang sejak kami duduk rumah sewa ni. Tuan rumah tak tahu sebab bil atas nama suami. Saya berniaga pulak buat dari rumah mak dan hantar pada budak tahfiz. Satu hari dapat berapa tu tengok pada tempahan. Dalam seminggu kadang dapat 2 je tempahan dan tak banyak lah kadang sampai 4 tempahan. Alhamdulillah berbaloi la. Sebulan tu, Alhamdulillah lepas duit makan susu pampers anak tapi nak simpan tak dapat sebab cukup².
Saya dah jadi ibu tunggal. Saya dah bercerai dengan suami saya. Anak2 semua tinggal dengan saya. Sekarang ni saya tengah cari duit untuk cari rumah sewa baru. Rumah sewa tu 2 + 1 dengan RM500 (bil api air). Saya pulak meniaga kecil-kecilan, terima tempahan daripada budak2 tahfiz, budak darul al-quran, pelajar-pelajar dari IKBN. Tapi tempahan kurang sebab dorang dah nak cuti semestar dan ada yang dah nak keluar daripada pusat pengajian. Kewangan saya sangat2 teruk sampai saya nak beli susu untuk anak2 pun dah tak mampu dah. Anak saya no 1 tak bekerja, no 2 masih belum boleh bekerja sebab dia accident buang limpa dan masih tak kuat lagi. Bekas suami memang tak ada bagi nafkah. Saya masih menumpang dengan orang, dia akan masuk bulan 4 ini. Sementara ni dorang tak duduk rumah ni sebab suami isteri berkursus dan saya menumpang dan mereka akan habis kursus bulan 4 ni. Jadi saya memang saya kena cari tempat lain. Saya ada bayar dekat suami isteri ni sebanyak RM300 termasuk bil api air selama saya duduk menumpang. Anak2 saya masih bersekolah cuma barang keperluan barang sekolah tak mampu nak beli lagi. Zakat saya tak dapat sebab nama Zakat sebelum ni guna nama bekas suami dan bekas suami yang dapat bulan2. Saya baru nak mohon atas nama saya sendiri. Rumah mak saya pulak sangat kecik dan cuma ada dua bilik sahaja dan saya tak boleh nak bawa anak2 duduk sekali. Adik lelaki saya ada bantu tapi kalau kerap membantu lama2 bosan, saya nak bangkit nak jual secara besar-besaran, saya tak ada kenderaan. Jadi sangat susah untuk saya. Untuk tempahan kadang2 saya dapat banyak tapi kadang2 terpaksa tolak sebab tak ada kenderaan nak hantar dan jauh. Kalau purata sebulan tu saya dapat RM700 / RM800 dalam sebulan lepas tolak modal dan duit tu la saya guna untuk beli susu dan pampers anak. Cuma 2 3 bulan ni agak slow sebab budak2 dah nak keluar pengajian. Kalau anak saya yang sakit tu masih pergi rawatan dekat Hospital Selayang, saya terpaksa sewa kereta untuk hantar dia dalam RM70 pergi dan RM70 balik. Sebelum ni sebulan 4 kali kena pergi, tapi sekarang 3 bulan sekali.