Ibu Tunggal Sakit Kencing Manis, Thyroid & Ketumbuhan di Kulit Sara 2 Orang Anak


Ibu Tunggal Sakit Kencing Manis, Thyroid & Ketumbuhan di Kulit Sara 2 Orang Anak


MarhaenMY - Noraishah bt Husin
Kuantan, Pahang
Published: Nov 15, 2021
76%
RM 3,450.00 RM 4,500.00


108.0
Baki Lot Diperlukan
345.0
Lot Telah Terbeli
149
Penyumbang
2,991
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
450 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya nk minta bantuan untuk membeli barang makanan, keperluan ubat ubatan saya dan keperluan sekolah anak2. Saya seorang ibu tunggal dan saya tidak bekerja sebab saya mempunyai masalah kesihatan kencing manis ,tyroid dan ketumbuhan dalam kulit (belakang badan). Saya ada 3 orang anak dan 2 orang masih bersekolah berumur 10 tahun dan 7 tahun. Anak sulung saya umur 20 tahun dah berkahwin. Anak bongsu saya juga yang berusia 7 tahun mempunyai masalah kesihatan asma. Sejak bercerai 3 bulan lalu bekas suami tidak pernah bagi duit belanja untuk anak2. Keperluan sekolah anak seperti kasut dan baju semua dah tak muat.

 

Sebelum ni saya ada mintak bantuan dari YB dah dan saya dah terima barang dapur dan duit belanja RM100. Saya pulak nak bekerja tak boleh sebab masalah kesihatan yang saya hadapi. Saya tinggal dekat rumah pprt yang kerajaan punya jadi tak perlu bayar sewa hanya bayar bil api dan air. Setakat ni untuk bil api dan air tak ada tunggakan. Saya tak pernah mohon dekat mana2 bantuan, ni pertama kali saya nak mohon bantuan dekat marhaen. Saya masih pergi temu janji pergi klinik dan hospital. Untuk ubat pulak, ubat makan tak ada cuma saya perlu kan jarum untuk cucuk insulin kencing manis. Ubat klinik ada bagi cuma hanya jarum je saya kena beli. 10 jarum RM6.00 hari2 saya kena tukar 2 kali sehari. Jadi kalau sebulan dalam RM180. Saya cuma ada motor untuk saya pergi temu janji saya tapi motor saya pun ada tunggakan dah 3 bulan jadi saya tak boleh nak bawa motor jauh2. Saya ulang alik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dalam RM200 sebulan. Dari rumah ke hospital pun ambik masa 30 minit. Saya kena pergi temu janji 3 kali sebulan.

 

Update 02/06/2022

Assalamualaikum anak saya baru je meninggal 6/5/2022. Sebelum ni saya tak bagi tahu yang saya ada anak oku (anak kedua) terlantar, anak saya yang tu lah meninggal. Anak saya meninggal sebab jangkitan kuman merebak satu badan. Nak buat tahlil untuk anak saya pun saya tak ada duit. Ada malam ni nak buat tahalil  tapi saya tak ada duit. Saya tak ada mintak mana-mana bantuan. Masa arwah anak saya hidup lagi saya dapat JKM tapi sekarang dia dah potong. Saya dah cuba minta dengan JKM lagi dia tak lulus kan dan saya cuba cari kerja tapi orang tak nak ambik dengan kesihatan saya. Masa arwah anak saya hidup saya ada beli motor untuk ulang alik ke hospital tapi motor tu tak habis bayar lagi tu. Saya ingat kalau ada duit dana saya nak bayar duit motor untuk bulan 6.

Read More



Updates




Update 17 / 03 / 23

Keadaan saya kurang sihat masih menunggu keputusan doktor untuk operate. Saya masih memerlukan kewangan untuk anak2 saya belajar. Anak2 sekarang umur 12 tahun dan 9 tahun. Saya ada sakit Thyroid dan dewan bedah penuh jadinya saya tunda sampai hujung bulan 4. Sepatutnya saya bedah bulan 2 tapi tak jadi. Saya dah tahu saya ada sakit ni dah 9 tahun. Sekarang baru saya nak bedah sebab dia makin membesar. Saya buat rawatan dekat HTAA. Kami pernah terputus bekalan makanan dan kami surivive pun macam tu. Anak sulung saya memang tak ada bantu. Dalam sebulan saya kena check up Thyroid ni 3 bulan sekali. Saya ulang alik naik motor saya sendiri. Duit minyak RM5 dan dalam 2 jam sampai hospital. Saya tengah cuba dapatkan bantuan daripada JKM dan Zakat juga. Baru ni hujan lebat rumah saya atap bocor saya duduk dalam hujan tak ada orang nak tolong saya. Saya memang tak bekerja dan sumber kewangan saya dapat daripada bantuan ibu tunggal sebulan RM200 dan itu pun masih tak cukup.

Read More



Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM200.00
First Contribution
Anis  RM30.00

108.0

Baki Lot Diperlukan

345.0

Lot Telah Terbeli

149

Penyumbang

2,991

Pengunjung
Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM200.00
First Contribution
Anis  RM30.00