Salam
Saya Wan Mastura daripada Kuala Nerang, Kedah memerlukan bantuan untuk membeli susu, keperluan makanan harian seperti beras, roti dan sebagainya untuk keluarga saya. Dalam keluarga saya , hanya suami saya sahaja yang bekerja sebagai kontrak buat rumah. Gaji dalam RM50/hari. Bila hujan, suami tidak dapat bekerja penuh dan tidak dapat gaji penuh, hanya bergantung dengan keadaan cuaca, jadi kewangan kami sekarang teramatlah tersepit.
Kadang-kadang lepas untuk beli keperluan abang dan kakak saya yang OKU Mental. Saya tidak dapat bekerja disebabkan saya kena jaga kakak saya dan abang saya. Adik beradik saya yang lain semua dah kawin dan duduk agak jauh dari kami. Saya juga mempunyai anak 3 orang yang berumur 10 tahun, 8 tahun dan 2 tahun. Pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung dengan suami saya sahaja, minggu lepas kami hanya peroleh lebih kurang dalam RM70 sahaja. Bergantung dengan duit itu sahajalah kami sekeluarga cuba untuk teruskan kehidupan, kami tidak pernah minta mana mana bantuan lain setakat ini.
Dengan dana yang saya dapat sebelum ni saya dapat repair kereta saya yang dah 3 tahun tersadai rosak. Dengan kereta yang da dibaiki ni lah saya dapat bawa abang dan kakak saya pergi temujanji dengan doktor setiap bulan. Haritu suami tak ada kerja buat rumah. Jadi dia ambil upah potong pokok, entah silap kat mana, dia jatuh. Retak tumit dengan jari kaki patah, belakang pun sakit. Sekarang boleh dia tak boleh buat kerja berat.. Saya pun buat kuih hantar gerai kawan mak untuk bantu suami. Alhamdulillah setakat makan minum boleh lah puan tapi anak minta baju raya saya tak dapat nak belikan sebab makanan lebih penting tapi alhamdulillah anak say faham, depa minta sekali tu saja.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.