Adik Aliya Menghidap Radang Selaput Otak


Adik Aliya Menghidap Radang Selaput Otak


MarhaenMY - SUFIAN BIN AMIN @ SAMIDI
TUARAN, Sabah
Published: Nov 15, 2021
55.4%
RM 2,770.00 RM 5,000.00


223.0
Baki Lot Diperlukan
277.0
Lot Telah Terbeli
112
Penyumbang
948
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Untuk makluman warga prihatin, Aliya merupakan pengidap Meningitis ( Radang selaput otak ) dan telah menjalani pembedahan otak ( kiri dan kanan ) kerana mempunyai nanah. Akibat daripada Meningitis ini Aliya telah kehilangan pendengaran dan pertuturan (99%) dan sentiasa dipantau pihak hospital.


Sebagai pengetahuan warga prihatin, keluarga ini merupakan golongan kurang berkemampuan, tidak mempunyai rumah sendiri dan juga tidak mempunyai kenderaan. Jumlah isi rumah seramai lima (5) orang iaitu tiga (3) orang anak yang masing-masing berumur 8 tahun, 3 tahun (Aliya) dan 1 tahun. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah adalah sebanyak RM1200 dan RM230 bantuan JKM. Anak saya juga ada sawan bila demam sebab dia tak boleh kena panas sangat dan sejuk sangat



Sekarang hanya isteri saya yang bekerja sebagai juruwang dan bergaji RM1200. Isteri saya menggunakan cater kenderaan kalau nak pergi kerja sebab kalau guna grab kena bayar dalam RM8 - RM10 pergi balik jadi cater lagi murah kalau sebulan RM150. Saya pulak ambil kerja menaip surat2 MPKK kampung di rumah sahaja. Jadi gaji kalau ada yang datang minta taip atau print sahaja ada saya akan dapat pendapatan. Itu pun saya punya pendapatan memang tidak menentu sebab seminggu tu ada 2, 3 orang sahaja minta taip surat. Walau apa pun saya ada surat akuan tidak bekerja tetapi saya ada buat juga kerja menaip surat orang. Cuma tidak di nyatakan dalam ni kerana pendapatan bulanan menaip surat dalam purata RM100 ke RM150 sahaja sebulan. Kami tinggal di kawasan kampung, orang yang minta taip surat pon penduduk kampung sahaja. Pendapatan kami sekeluarga memang cukup2 sahaja, tapi sewa rumah dan bil air elektrik selalu lambat bayar.



Dengan jumlah pendapatan isi rumah yang tidak seberapa, menyukarkan keluarga ini untuk menampung kos perbelanjaan harian. Berikut merupakan anggaran kos perbelanjaan bulanan keluarga ini.


1. SUSU untuk Aliya dan adiknya = RM295
2. PAMPES untuk Aliya dan adiknya = RM201
3. PERBELANJAAN SEKOLAH = RM100
4. SEWA RUMAH = RM500
5. BIL UTILITI = RM100
6. KOS PENGANGKUTAN tempat kerja = RM150
7. KOS PENGANGKUTAN / RAWATAN = RM300
8. BARANGAN DAPUR = RM300

JUMLAH PERBELANJAAN BULANAN = RM1946.00



Oleh yang demikian, dengan penuh rendah diri, saya Sufian Bin Samidi selaku pemohon bantuan ini daripada warga prihatin memohon jasa baik kalian untuk meringankan serba sedikit bebanan ini. Sumbangan kalian amatlah kami hargai, seikhlas tangan yang menghulur. Terima kasih.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Amir  RM20.00

223.0

Baki Lot Diperlukan

277.0

Lot Telah Terbeli

112

Penyumbang

948

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Amir  RM20.00

Kempen Lain