Assalamualaikum.
Saya memerlukan bantuan kewangan untuk menyara sementara mendapatkan pekerjaan yang tetap untuk kehidupan saya dan anak-anak seramai 6 orang. Umur anak-anak saya 14 tahun, 12 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 4 tahun, 3 tahun.Sekarang saya tinggal di Kuala Terengganu. Saya dalam proses penceraian dengan suami. Sebelum ni suami saya bekerja sebagai buruh dan gaji masa tu RM70 dalam sehari. Dengan duit tu saya beli simpan sikit untuk sewa rumah dan beli barang makanan. Selepas suami kena tahan saya baru usaha mencari kerja dikedai makan.
Dengan punca pendapatan saya sekarang yang masih mencari kerja memang tak mencukupi sebab sewa rumah lagi RM350 sebulan. Bil api air ada tunggakan jugak. Untuk keperluan asas tu dalam RM400 sebab anak masih memerlukan pampers tu. Sekarang ni saya bekerja sebagai pencuci ayam dengan bergaji RM20 satu hari. Keperluan anak-anak saya RM200 sebab anak bersekolah ada 4 orang. Alhamdullilah ada juga kawan jiran yang bagi lauk dekat kami anak2 dan memang sekarang dengan belas kasihan jiran je. Barang dapur saya memerlukan beras, gula, garam, perasa makanan, susu pekat, milo, kicap, bawang merah, bawang putih, lada giling, serbuk kunyit, serbuk kari, santan, maggi, telur, pampers saiz M dua paket. Saya harap semoga ada rezeki anak2 saya.
Bulan 3 haritu saya kerja sebulan sahaja dekat kedai makan sebagai pembancuh air. Sekarang dah 4 bulan tak bekerja. Itu pun saya kadang2 ada ganti orang. Sekarang ni saya kena halau daripada rumah sewa dan saya nak cari rumah sewa lain pun saya tak ada duit. Buat masa sekarang saya tinggal dekat rumah mak dekat terengganu jugak Bukit Payung. Untuk keperluan asas disebabkan saya tak bekerja sekarang ni pun makan minum kami mak sayang yang tanggung sementara. Kalau saya dapat kerja nanti, insyaallah saya akan hantar suruh kakak ipar jaga.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.