Saya Salhatun ingin memohon bantuan untuk saya membayar tunggakan bil hospital kerana saya telah melahirkan baby kembar yang pramatang dan tidak mampu untuk membayar semua tunggakan bil tersebut.
Kini, baby saya masih berada di hospital Shah Alam dan saya bersalin pada 13/9/2021. Telah 70 hari baby saya tidak dapat discaj akibat daripada tunggakan bil. Saya tidak dibenarkan untuk melawat baby saya hari-hari akibat covid. Saya dan suami bekerja sebagai cleaner sahaja bergaji RM1000/bulan. Bil hospital tersebut agak mahal disebabkan saya melahirkan secara operation kerana tidak cukup bulan.
Baru-baru ni ada bantuan collection sumbangan daripada kawan kawan saya yang telah menyumbang sebanyak RM3000 untuk bil hospital tersebut. Anak-anak saya yang Kembar berada di kampung kerana kami tidak mampu untuk menanggung kos yang banyak besarkan diorang di bandar.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.