Keperluan Barangan Dapur Buat Family Farah


Keperluan Barangan Dapur Buat Family Farah


MarhaenMY - Puteri Aina Farah
Seremban, Negeri Sembilan
Published: Nov 22, 2021
37.14%
RM 1,310.00 RM 3,500.00


220.0
Baki Lot Diperlukan
131.0
Lot Telah Terbeli
70
Penyumbang
955
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Salam. Saya ingin memohon bantuan untuk barangan dapur dan keperluan asas kalau boleh sementara suami saya mendapatkan pekerjaan yang tetap. Suami saya sebelum ini bekerja di KLIA dia Kargo MAS, disebabkan PKP suami diberhentikan kerja dan terpaksa mengeluarkan KWSP beliau sebanyak RM3000 untuk meniaga burger di Ampangan, Seremban untuk kelangsungan hidup. Disebabkan kes covid yang terlampau tinggi, suami terpaksa tutup gerai tersebut sebab ada anak kecik umur 3 tahun dan 2 tahun. Sekarang ni, bila ekonomi semua telah buka dan kami tidak dapat meneruskan perniagaan burger itu semula disebabkan modal yang telah kami keluar semua telah habis digunakan untuk beli barang keperluan semasa PKP. Sementara ni, kami hanya mengharapkan bantuan duit kerajaan sahaja kerana saya juga tidak dapat bekerja disebabkan saya masih meyusu badan anak-anak saya. Suami ada cuba untuk mencari kerja lain tetapi sehingga sekarang masih tidak dipanggil lagi. Sekarang saya duduk sekali di rumah ibu saya kerana tidak mampu untuk menyewa luar.

 

Update 30 / 09 / 2022

Selamat petang, masih sama encik. Dan saya baru sahaja lepas bersalin anak no 3 dan masih dalam pantang dah 29 hari. Saya sangat2 perlukan susu & pampers anak. Suami sampai sekarang belum dapat kerja, ada pergi interview tapi tak tahu dapat ke tak sebab tak dapat panggilan lagi. Tahun 2019 suami kerja kargo MAS dan 2021 diberhentikan sebab Covid-19. Then dia try meniaga burger tak sampai sebulan terpaksa tutup sebab kes covid naik 20k. Lepas tu nak meniaga balik tak ada modal dah. Suami sekarang ada sakit belakang dan dia tak dapat nak angkat2 barang berat. Dia dapat sakit belakang ni lepas dia kerja kargo tu. Suami tak ada pergi hospital sebab kalau sakit je saya yang urut. Saya pulak tunggu anak no 3 ni 3 atau 4 bulan baru cari kerja. Suami tak ada buat grabfood/foodpanda sebab dia tak ada lesen.

Selama ni keperluan asas macam barang dapur pengerusi taman ni ada jugak la bagi beras, telur, minyak masak cuma barang basah sahaja tak ada. Saya duduk rumah mak dan tak ada tunggakan sewa rumah sebab rumah sendiri. Saya hanya bayar bill air, bil2 lain macam bil api, bil cukai pintu cukai tanah mak saya yang bayar. Umur anak2 sekarang no 1 umur 4 tahun, no 2 umur 3 tahun dan no 3 umur 30 hari. Sekarang ni saya sangat2 memerlukan pampers & susu anak. Anak no 3 guna susu Dupro Langkah 1, anak no 2 guna susu Llactogrow 1-3 dan pampers tak kesah brand apa dan saiz L. Saya tak ada minta bantuan dekat JKM/Zakat. Dan saya baru je terima dugaan haritu, mesin basuh rosak. Tengah2 basuh dia off sendiri, terpaksa la dalam2 pantang ni saya perah baju2 tu semua 😌 . Saya tak ada adik beradik lain sebab saya anak tunggal.

Read More



Updates




Update 8 / 05 / 23

Masih sama cik, gaji saya tinggal berapa je untuk sampai hujung bulan 5 ni, harap2 boleh bertahan 😊

Read More



Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM110.00
First Contribution
Uj  RM10.00

220.0

Baki Lot Diperlukan

131.0

Lot Telah Terbeli

70

Penyumbang

955

Pengunjung
Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM110.00
First Contribution
Uj  RM10.00