Assalamualaikum
Saya memerlukan bantuan dari segi barang basah (lauk beli hari hari) saya dan suami meniaga kecil kecilan menjual (ayam cheese, waffle, nasi lemak kerepok dan ice blended) sebelum ni di Kedai Batu Malim tapi kami hilang punca pendapatan sebab peti ais rosak nak beli baru tak mampu lagi buat masa ni.
Saya memang dah tak berkerja makan gaji lebih kurang 3 tahun saya tak berkerja kerana keadaan kesihatan saya tidak berapa mengizinkan untuk saya berkerja disebabkan saya ada mengalami beberapa jenis sakit bergantung pada ubat sebelum ni.Saya meniaga dengan suami tapi disebabkan peti rosak kami tidak dapat teruskan untuk meniaga, habis semua barang-barang meniaga rosak.
Buat masa sekarang, suami saya kerja kontrak TNB untuk menampung segala keperluan kami tapi dia baru sahaja mula bekerja. Saya menghidap sawan sejak saya berumur 15 tahun tetapi masih belum bergantung dengan ubat, tetapi selepas saya berumur 28 tahun, sawan itu menyerang kembali dan saya terpaksa bergantung dengan ubat. Sakit saya ni. pula attack tidak mengira masa dan tempat anak tiada siapa yang tunggu anak saya masih kecil lagi baru berusia setahun 4 bulan.Kami sekeluarga tinggal di rumah sewa di Raub, Pahang.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.