Kasih Seorang Anak Yang Tak Terhingga Terhadap Keluarga


Kasih Seorang Anak Yang Tak Terhingga Terhadap Keluarga


MarhaenMY - Muhamad Qusyairi bin Abu mansur
Rawang, Selangor
Published: Nov 30, 2021
41.56%
RM 1,890.00 RM 4,500.00


263.0
Baki Lot Diperlukan
189.0
Lot Telah Terbeli
61
Penyumbang
493
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
450 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya muhamad qusyairi dari rawang, bukit beruntung, saya memerlukan bantuan dari tuan2 dan puan yang sudi membantu. Saya anak no 2 dari 10 org adik beradik dan mak saya menghidap penyakit cancer payudara tapi dah lama tak pergi rawatan, last mak pakai rawatan homeopathy dekat klinik. Alhamdulillah, mak saya setakat ni tak ada kritikal. Dulu mak saya buat rawatan dekat hospital Kuala Kangsar dan mak saya memang duduk rumah tak bekerja. Dan ayah saya ada tekanan darah tinggi dan ayah menanggung adik2 yang masih bersekolah 5 orang dan paling bongsu umur 12 tahun, 3 orang dah berkahwin dan 7 orang masih dibawah tanggungan ayah. Ayah hanya kerja kontraktor yang baiki grill dan awning rumah orang, ayah dah umur 55 tahun ni, tapi dari muda ayah tak pernah bekerja dengan orang, kwspnya ada RM350 je.

 

Ayah gaji RM1500 sebulan. Saya OKU kerana kemalangan jalan raya pada tahun 2010. Saya pernah operation tulang kaki dan muka masa saya kemalangan, kaki saya tulang peha diganti dengan besi jadi sampai sekarang ada kesan untuk buat kerja2 berat terlalu lama tuan. Saya sebelum ni bekerja catering tapi dah dibuang kerja bulan 3 tahun 2020 sampai sekarang belum ada kerja tetap. Sekarang saya buat kerja kadang2 meniaga pasar mlm dan kadang2 tolong kawan buat binaan rumah itu pun kalau saya dipanggil, pendapatan saya memang tak tetap, lebih kurang RM800 dalam sebulan. Saya duda tiada anak, jadi saya memang nak bantu adik2 dan keluarga. Saya cuba membantu ringankan beban ayah sebab tu saya mohon bantuan.

 

Baru2 ni saya mohon kan bantuan bil api nak kena potong dekat zakat, dan bila dah selesai baru ayah saya bagitau sewa rumah pun tuan rumah marah2 sebab ada sangkut. Sewa rumah kami RM500 sebulan dan da 7 bulan tertunggak. Waktu pkp kami ada terima bantuan makanan dari orang2 sini. Kalau saudara mara ada bantu dari persekolahan adik2 macam kenderaan pun boleh pinjam kereta pak cik kalau ada emergency kes. Dan saya sekarang tengah daftar asnaf untuk keluarga saya. Dari tuan2 dan puan2, keperihatinan tuan2 puan2 amat saya hargai dan berterima kasih, hanya Allah dapat mmbalasnya, saya bersyukur diatas bantuan tuan2 dan puan2. Semoga segala urusan tuan2 dan puan2 dipermudahkan amin.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nazian  RM30.00
Top Contribution
RM300.00
First Contribution
Suhana  RM10.00

263.0

Baki Lot Diperlukan

189.0

Lot Telah Terbeli

61

Penyumbang

493

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nazian  RM30.00
Top Contribution
RM300.00
First Contribution
Suhana  RM10.00