Assalamualaikum
Saya seorang pelajar jurusan kewangan tahun pertama di UiTM, saya ada masalah dengan laptop. 2 laptop rosak disebabkan odl, nonstop assignment dan kelas yang memerlukan saya menggunakan laptop dengan kerap. Haritu saya ada dapat laptop second hand tetapi bila saya bawak gi kedai sebab tak hidup, owner kedai cakap kalau baiki makin mahal sebab tak tahu apa punca laptop rosak. Saya nak beli laptop baru, tapi duit ptptn dah nak susut nak hujung sem.
Laptop saya satu lagi rosak awal tahun, saya beli waktu diploma 2018. Boleh ke saya dapat bantuan untuk saya baiki laptop saya atau fund untuk saya beli laptop baru? Sekarang saya guna laptop kakak yang study dekat UIA sebab dia tengah mid sem break kalau dia da start sem saya kena pulangkan balik kat dia. Itu pun laptop dia kena plug 24 jam kalau nak guna.
Abah dah berusia, umur 71 tahun. Haritu kerja tapi effect accident 5 tahun lepas, kaki dia tak boleh nak drive lori dah. Mama suri rumah sepenuh masa. mama dan abah ada kebun, ada la income sikit kalau jagung dah berbuah. Kalau berbuah dapatlah income dalam RM500 macam tu. Saya ada 6 orang adik beradik, sorang dah kerja, tiga orang termasuk saya student IPT, sorang sekolah rendah dan sorang sekolah menengah. Saya umur 21 tahun, kakak sulung 25 tahun, kakak uia 23 tahun, adik kptm 19 tahun, adik sek men 13 tahun, adik sek ren 12 tahun. Duit laptop beli guna duit PTPTN masa diploma dulu. Sekarang cuma kakak sulung yang kerja farmasi dan bantu kami sekeluarga.
Mostly family bergantung dekat kakak duit lauk, duit bulanan abah dengan mama. Cuma sekarang bila dia baru beli kereta lepas dapat kerja sebab jauh nak drive kalau guna manual. Jadi dia nak bantu pun susah sebab banyak komitmen dia kena bayar. bil elektrik, kereta, duit barang dapur, mostly dekat rumah dia yang bayar. Saya taknak susahkan dia. UITM ada skim laptop free sem lepas tapi tak mohon sebab laptop berfungsi lagi sem lepas. Dan saya ada tanya sir yang urus, dia cakap this semester takde bantuan laptop tu, hari laptop rosak saya dah cuak sebab ada assignment yang kena submit tapi semua extend duedate. so saya boleh cari jalan nak buat assignment. Laptop kami adik beradik memang yang da lama pakai jadi bila saya nak pinjam pun ada apps saya tak boleh download. Saya harap kalau ada orang sudi bantu saya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.