Memerlukan Dana Untuk Kos Ulang Alik Rawatan Anak Sakit Injap Jantung


Memerlukan Dana Untuk Kos Ulang Alik Rawatan Anak Sakit Injap Jantung


MarhaenMY - Anuar bin Ismail
Pantai Remis, Perak
Published: Dec 06, 2021
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
189
Penyumbang
2,328
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya Anuar amat memerlukan bantuan kewangan untuk anak saya berumur 2 bulan menghidap penyakit jantung berlubang sampai injap,saya harap ada yang sudi membantu dan meringan kan beban yang saya sekeluarga tanggung. Saya hanya bekerja sebagai pemandu lori cuma sekarang saya tak bekerja lagi sebab bos tak panggil. Isteri saya tak bekerja dan saya ada 4 orang anak. Qasseh Liya Iezara 7 tahun, Muhammad Naz Raufaa Putra 5 tahun, Cahaya Cinta Amanda 3 tahun 2 bulan dan Jelita Nufaa Aara Aliyah 2 bulan.

Kami hanya duduk rumah sewa sebulan RM700. Kami ada tunggakan sewa selama 2 bulan dan selama ni keluarga mertua yang banyak pinjamkan duit. Owner rumah memang selalu akan datang rumah untuk mintak sewa tiap-tiap bulan. Family mertua pulak bergantung dekat pencen nenek. Mereka pun bantu dari segi makanan. Keperluan asas kami sebulan RM300. Saya pernah mohon bantuan Baitulmal tapi tak dapat apa2 jawapan. Anak yang sakit memang sakit sejak lahir lagi. Dia buat rawatan dekat hospital seri manjung dan jugak hospital IJN. Anak saya akan menjalani temu janji yang kedua pada 6/12/2021. Saya memang tak ada kenderaan untuk pergi ke hospital sebab sebelum ni pihak hospital yang bawa anak saya kesana mengguna kan ambulans. Dari hospital seri manjung ke hospital IJN hospital yang bawa. Jadi sekarang saya memang tak tahu berapa kos kalau saya naik bas sebab masa tu anak di bawah unit rawatan rapi jadi pihak sana yang bawa selepas 20 hari anak dah dibenarkan pulang. Jadi bukan atas jagaan diorang lagi dan sekarang pihak hospital suruh bawa sendiri

Keperluan asas yang diperlukan:
beras, gula, telur, sardin, minyak, milo, susu dugro 123, susu dugro 456, susu dugro 0-12 bulan, pampers newborn , pampers diapex pant( seluar)

 


Update 16/03/2022

Update terbaru anak saya semasa di IJN 14/2/2022 untuk mendapatkan rawatan ialah kputusan telah mengatakan yang anak saya perlu menjalani operation pada 17/10/2022. Dan doktor ada mengatakan yang saya perlu sediakan dalam RM8000 untuk operation anak saya. Saya masih belum bekerja lagi sebab company lama tak ada call lagi untuk memerlukan saya bekerja. Dan umur saya yang dah meningkat usia nak cari kerja lain pun susah. Saya da mohon baitulmal tapi tak diluluskan dan saya tak pasti sebab apa. Keperluan asas saya pinjam daripada family mertua dan Alhamdullilah mereka faham. Kadang tu macam kedai makan kalau tak cukup pekerja nak pengganti ada je saya pergi cumanya bukan tetap tapi boleh la kumpul sikit2 bayar yang perlu dulu. Jadi kalau macam bil api air tu memang saya kumpul daripada kedai makan untuk bayar. Dalam sehari saya dapat RM60. Untuk operate anak saya tu kalau saya pergi IJN saya akan mintak quotation dekat hospital sebab buat masa sekarang doktor cuma cakap sahaja anggaran berapa yang diperlukan. Saya masih perlukan duct lady 0-12 bulan, pampers cutie dry saiz M dan vitamin appeton untuk anak saya ni.

 

Update 13/06/2022

Anak saya demam dah sminggu start 1/6. Dia masuk hospital seri manjung terus refer ke ipoh nak operation otak untuk buang nanah. Anak saya kritikal di hospital ipoh sekarang ni. Dah dekat seminggu di ipoh wad. Saya pulak tinggal di hospital tak balik sebab jauh tak ada kenderaan.. Buat masa sekarang kami tak dikenakan bayaran lagi, tapi kalau discaj mungkin ada bayaran. Sekarang anak masih tidak sedar kan diri dan kritikal sehingga sekarang.


Update 16/06/2022

Saya nak memberitahu yang anak saya baru je menghembuskn nafas terakhir sebentar tadi pada pukul 9.20 malam. Saya perlukan bantuan kewangan pengurusan bayi. Harap ada yang sudi bantu.

 

 

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Siti  RM10.00
Top Contribution
Mohd  RM100.00
First Contribution
Syafiqah  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

189

Penyumbang

2,328

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Siti  RM10.00
Top Contribution
Mohd  RM100.00
First Contribution
Syafiqah  RM20.00