Salam
Saya memerlukan bantuan kewangan untuk saya ulang alik ke hospital untuk dua orang anak saya yang perlukan rawatan pakar di Hospital Sultan Ismail, Johor. Kedua-dua orang anak saya perlukan rawatan. Anak saya yang sulung merupakan seorang OKU berumur 8 tahun. Pasa dia lahir pada awalnya, dia mengalami jangkitan kuman di otak (Meningitis) dan sehingga sekarang masih mendapatkan rawatan susulan di pakar kanak-kanak, pakar bedah mulut dan pakar OCC di Hospital Sultan Ismail. Anak yang kedua pula berusia setahun 4 bulan dan perlu membuat operation untuk membuang ketumbuhan di atas kening pada 6/7 Disember ini.
Suami saya hanya bekerja sebagai seorang tukang masak dan hanya dia sahaja yang bekerja untuk keluarga kerana saya harus menjaga anak anak di rumah dan tidak dapat untuk bekerja membantu dia. Gaji suami sehari dalam RM80,bekerja dari 5 pagi sehingga 5 petang di Kg.Melayu. Dia memang tidak dapat menghantar kami setiap kali ada rawatan susulan disebakan waktu kerja beliau. Kenderaan yang kami ada hanyalah motor sahaja, saya hantar anak ke hospital untuk checkup menggunakan grab yang memerlukan kos yang tinggi lebih kurang dalam RM20 untuk pergi tetapi tidak menentu.
Rumah yang kami duduk sekarang adalah rumah sewa , sebulan RM500 , itu tidak termasuk dengan bil2 yang lain. Sebelum ini saya ada terima bantuan barangan kering sahaja,manakala anak pula mendapat elaun JKM yang dibantu oleh sekolah. Dalam masa sebulan , saya kerap ke hospital juga untuk ulang alik checkup anak saya lebih kurang ¾ kali sebulan yang memerlukan RM20 setiap kali perjalanan saya sebab saya tinggal di Masai, Johor yang agak jauh dari Hospital.