Assalamualaikum
Saya amat memerlukan bantuan sedikit barang dapur dan susu anak kecil. Sekarang ni suami saya sudah 6 bulan tidak bekerja sejak di berhentikan kerja sebagai pembantu dapur kerana pkp pertama. Suami saya sudah berusaha mencari kerja tetapi masih belum dipanggil lagi buat masa sekarang. Rumah yang saya tinggal sekarang ni Kg Makalinau hanyalah berasal daripada sebuah pondok kecil dan kami gunakan kayu kayu yang hanyut dan orang kampung untuk kukuhkan lagi rumah ini.
Sejak kemalangan tempoh hari yang berlaki terhadap suami saya, kaki kirinya patah dan tidak berapa kuat lagi untuk melakukan kerja-kerja berat . Sebelum ini, dia bekerja di Restoran Zakaria di Sandakan sebagai seorang pembantu tukang masak yang bergaji lebih kurang RM50/hari sahaja. Tetapi setelah bermulanya PKP , dia diberhentikan dan tidak lagi dipanggil untuk melakukan sebarang pekerjaan . Anak saya ada dua orang yang berumur 8 tahun dan 2 tahun. 3 bulan yang lalu, ada bantuan kebajikan dari NGO yang telah memberikan bantuan beras 5 kg beras, 1 kg gula, kicap, mee kuning dan sardin. Saya pula hanya suri rumah dan tidak dapat bekerja .
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.