Menjual Barangan Preloved Demi Menampung Family


Menjual Barangan Preloved Demi Menampung Family


MarhaenMY - Nurul Hidayah binti Rustam
Ulu Tiram, Johor
Published: Dec 06, 2021
49.5%
RM 990.00 RM 2,000.00


101.0
Baki Lot Diperlukan
99.0
Lot Telah Terbeli
43
Penyumbang
1,517
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
200 Lot Ditawarkan

Pada 24/5/21 kul 10.20 pagi, mak saya meninggal dunia dan saya tak ada kerja tetap, just jadi runners part time saja untuk mencari duit sesuap nasi kami berempat beranak. Saya mempunyai tanggungan 4 orang anak yang masih kecil lagi berumur 1 tahun setengah (anak bongsu), 4 tahun (anak ke-3), 6 tahun( anak ke-2) dan 9 tahun (anak pertama). Oleh kerana ekonomi saya tak stabil, anak bongsu saya kakak ipar yang jaga sekarang. Saya merupakan ibu tunggal dan dah bercerai. Ayah saya dan arwah mak saya dah bercerai sejak saya berumur 17 tahun sampai sekarang saya tak dengar khabar berita ayah saya lagi. Saya anak tunggal tak ada adik beradik lain. Saya memerlukan barang asas seperti gula pasir, kicap, bawang merah dan bawang putih, minyak masak dan telur serta barang basah untuk anak2 saya.

 

Alhamdulillah, beras setakat ni cukup kami berempat beranak makan selama sebulan lebih lagi. Serta saya jugak memerlukan sedikit kewangan untuk bayar hutang repair kereta saya. Tahun depan anak lelaki saya masuk darjah 1, kalau ada baju sekolah lelaki terpakai pun tak ape la serta beg sekolah untuk anak saya. Rumah yang saya duduk sekarang adalah rumah peninggalan arwah ibu saya , hanya bil api dan air sahaja yang tertunggak. Saya memerlukan bantuan kewangan, untuk bayar hutang repair kereta yang tertunggak lagi RM115. Saya baru bayar pada pomen RM180 sahaja. Ppada hari sabtu (06/11/2021) lebih kurang pukul 8 pagi, depan 7 eleven di ulu tiram telah berlaku kemalangan yang tak diingini keatas diri saya.

 

Alhamdulillah,saya cuma cedera sedikit saja tapi kereta saya mengalami kerosakkan yang teruk. Kereta ini adalah satu2nya transport saya untuk hantar anak2 pergi sekolah dan transport saya untuk jadi runners part time mencari rezeki untuk anak2 saya. Oleh sebab itu saya nak memperbaiki kereta saya tetapi saya kekurangan duit. Saya ingin mohon bantuan daripada sesiapa sahaja, bukan bantuan kewangan yang saya pinta tetapi semoga ada insan sudi membeli pakaian preloved yang saya jual agar saya boleh kumpul duit yang kurang untuk perbaiki kereta saya dan untuk pengetahuan sesiapa saja kereta ni arwah mak saya belikan untuk saya rotex kereta dah 1 tahun mati so saya tak dapatlah nak claim insurans. Insya'allah, kalau saya dapat rezeki lebih saya akan hidupkan rotex dan insurans kereta saya. Saya akan sertakan gambar pakaian preloved, saiz dan harga.

 

Update 8 / 08 / 2022

Keadaan saya seperti macam dulu lagi. Kereta saya 3 hari lepas baru lepas accident dan saya tak ada duit untuk repair kereta saya lagi. Saya ade 2 orang anak bersekolah, anak saya darjah 1 masih belum bayar yuran lagi. Suami saya masih belum ada kerja tetap lagi sebab tak berapa sihat. Jikalau boleh, saya nak mohon bantuan barang asas dan barang basah serta yuran anak saya. Mudah2an ada rezeki untuk kami sekeluarga disini.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aisyah  RM20.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM150.00
First Contribution
Bebe  RM10.00

101.0

Baki Lot Diperlukan

99.0

Lot Telah Terbeli

43

Penyumbang

1,517

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aisyah  RM20.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM150.00
First Contribution
Bebe  RM10.00

Kempen Lain