Suami Puan Fatimah baru sahaja sembuh dari kemalangan sejak tahun lepas dan baru memulakan kerja sebagai kerani di kedai perabot pada bulan ini. Sepanjang tempoh suami Puan Fatimah sakit mereka sekeluarga hidup dalam serba kekurangan dan mengharapkan bantuan dari masyarakat sekeliling. Ditambah pula dengan hutang tekun dan amanah ikhtiar yang mereka pinjam sebelum ini telah mula keluar untuk bayaran balik bermula disember ini .
Hutang amanah ikhtiar yang dipinjam oleh Puan Fatimah sendiri semasa beliau berniaga perlu bayar balik sebanyak RM150 setiap minggu selama 35 minggu. Manakala hutang tekun yang dipinjam oleh suami Puan Fatimah sebelum mengalami kemalangan adalah sebanyak RM180 setiap bulan. Puan Fatimah mempunyai 6 orang anak tetapi hanya anak bongsunya sahaja masih tinggal bersama.3 orang anaknya tinggal bersama keluarga angkat di Alor Star. Seorang anaknya telah berkahwin.
Anak Bongsu Puan Fatimah merupakan pelajar cemerlang dan pelajar tingkatan 4. Kekangan kehidupan menyebabkan Puan Fatimah tidak mampu menyediakan kemudahan laptop untuk anaknya belajar dan hanya bergantung pada telefon pintar. Puan Fatimah juga menghidap penyakit Kanser Rahim tahap 1 dan anemia. Disebabkan sakit ini jugak adalah sebab puan Fatimah tidak dapat mencari pendapatan dengan berniaga Nasi Hujan Panas di Pasar Malam dan tapak bazaar Tikam Batu seperti sebelum ini.Rumah yang mereka tinggal sekarang merupakan rumah sewa dengan bulanan sebanyak Rm250. Puan Fatimah tidak mempunyai apa-apa bantuan.
Puan Fatimah menggunakan keretanya yang sudah uzur dan roadtax telahpun mati untuk ke hospital untuk rawatannya yang memakan jarak 11km.
Sebelum ini ada sukarelawan marhean bertanyakan hal suami Puan Fatimah yang ketika itu masih dalam rawatan akibat kemalangan tetapi mereka menolak untuk menerima bantuan dari marhean kerana masih mampu menguruskan hal tersebut. Namun, baru-baru ni Puan Fatimah sendiri berhubung dengan volunteer marhean disebabkan keperluannya yang mendesak.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.