Sejak abah saya sakit cancer pada tahun 2018, abah dah tak boleh bekerja, cuma tolong mama sikit itu pun tak mampu, abah banyak perubahan mentally physically & emotionally, tak sama macam dulu. Dulu lepas pencen abah saya ada mengajar agama di masjid surau rumah anak murid, dan perubatan darussyifa. Tapi lepas cancer thyroid, and operate surgery, suara dah tak ada sangat, kesihatan pun banyak merudum. Mama saya yang berniaga untuk tanggung keluarga, mama berniaga dekat medan makan (Medan Selera Putra, Alor Setar).
Mama saya berniaga sebulan lebih kurang rm500 sebulan. Makan minum bayar bills rumah kereta, langsaikan hutang. Alhamdulillah kami adik beradik sekarang ada makanan sebab mama meniaga, tapi dari segi hal lain lain masih serba kekurangan, mesin basuh pun tak mampu. Parents saya memang dah tak mampu support studies saya adik beradik. Adik adik saya 5 org tak bersekolah berumur 23 tahun, 20 tahun, 18 tahun, 17 tahun dan 15 tahun. Ada adik beradik saya da berhenti belajar tapi tak dapat graduate sebab hutang banyak dan mama cuma selesaikan untuk adik adik saya. Dulu saya kerja part time sikit sikit untuk tanggung belajar tapi sejak covid saya tak boleh bekerja dan banyak berhutang. Kalau tengok dekat bil2 tu umobile saya bayar kan internet untuk adik adik saya.
Sekarang saya cuba bangun balik tapi saya tersekat dengan hutang, mostly hutang bills internet untuk kelas, hutang yuran pinjam daripada kawan kawan. Saya tak nak minta bantuan untuk kesuluruhan keluarga saya, kami masih boleh berusaha sedaya kami, banyak lagi yang memerlukan diluar sana. Saya cuma nak minta sedikit sahaja bantuan untuk langsaikan bill internet dan beli buku supaya saya dapat habiskan setakat semester ini saja. Saya belajar English Language and Literature Studies di USM. Saya ada separuh semester lagi tapi saya tak mampu bayar internet dah. Saya tak mampu beli buku. Untuk internet yang lepas saya juga ada bayar pakai shopeepaylater dulu sebab saya tak mampu, tapi sekarang saya jadi berhutang due date acc saya kena suspend. Saya struggle nak habiskan belajar sebab saya dah extend banyak kali atas faktor masalah kesihatan mental sejak 2017, saya ada Major Depressive Disorder dan Borderline Personality Disorder.
Saya juga pernah ditahan di wad psychiatrist. Saya dah berhenti berjumpa terapi atas faktor kewangan, saya juga terpaksa berhenti bekerja part time atas faktor kewangan juga, tak dapat bayar rumah sewa, transport ke tempat kerja, makan minum harian. Tambah abah saya makin sakit so saya terpaksa balik kampung dirumah saja sambil kelas online. Saya harap pihak marhaen boleh bantu saya untuk selesaikan masalah saya tersekat disini, & bangkit semula habiskan belajar, bekerja lagi untuk tanggung diri dan keluarga. Saya pernah menerima bantuan zakat secara berterusan setiap sem tetapi setelah saya membuat penangguhan sem,tidak lagi menerima sebarang bantuan zakat dari pihak universiti.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.