Sebelah tangan kipas, sebelah tangan tulis?
"Saya dah tak malu untuk mintak bantuan bagi murid-murid kami. Kami nak sangat murid selesa dan gembira bila di sekolah."
.
Uzur dan usang adalah gambaran paling tepat untuk Sekolah Kebangsaan Rumah Tinggi, Sarawak ini. Sekolah ini berada dipendalaman Sarawak. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari pusat bandar Miri.
.
Cabaran guru untuk norma baru di SK Rumah Tinggi adalah sangat melelahkan. Ruang belajar yang hanya sesuai bagi 3 buah kelas tetapi harus di bijak atur untuk 6 darjah. Cikgu disini kelas pertama kalau nak dikirakan ketabahan.
Siapa je sanggup belajar dan mengajar dalam panas? Tapi bagi SK Rumah Tinggi biasa sudah. Power!
.
Oleh itu, AVA Project bercadang untuk membina sebuah bangunan baru daripada kontena terpakai untuk didedikasikan khas untuk Eco Interactive Classroom serta ruang belajar tambahan dan perpustakaan.
Kelas ini dinamakan Eco-Interactive Classroom & Library. Pendekatan Interactive Learning amat sesuai bagi murid zaman sekarang. Minat serta semangat dapat dipupuk jika visual dapat realisasi oleh mereka.
.
Oleh itu,sumbangan serta kerjasama Rakyat Malaysia 🇲🇾 amat kami harap dalam melaksanakan impian SK Rumah Tinggi. RM 18 000 dana tambahan diperlukan untuk kos pembinaan kerana harga bahan mentah yang naik mendadak.
Sekolah adalah titik minat seseorang pelajar. Ilmu dapat digarap kalau suasana indah. Sumbangan anda adalah sinar harapan bagi mereka.
Terima Kasih.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.