Assalamualaikum
Saya memerlukan bantuan untuk ulang alik ke hospital membawa anak bongsu saya yang menhidap Sakit Jantung dan Autisme . Saya ibu kepada 3 orang anak ,yg sulung berumur 7 tahun , kedua berumur 4 tahun bongsu 3 tahun.Suami kerja kampung, ambik upah mesin rumput 1 hari boleh dapat dalam RM50 dan ikut orang buat rumah ni ade panggil baru ade job.
Sekarang suami saya tiada pendapatan tetap,saya sewa umah sebulan rm250.Anak bongsu menghidap sakit jantung dan autisme sejak daripada umur 1 bulan,masih follow up hospital selama 6 bulan dan masih menjalani rawatan susulan dan checkup di Hospital Permai. Untuk penyakit autisme masih baru lagi dihidapi oleh anak saya dan baru sahaja mendapatkan temujanji di pakar Hospital Permai. Saya tidak dapat untuk bekerja kerana anak saya masih kecil dan tiada siapa yang menjaga mereka sekiranya saya pergi bekerja untuk menambah pendapatan kami sekeluarga.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.