Ibu Tidak Sempurna Fizikal Gigih Mencari Rezeki


Ibu Tidak Sempurna Fizikal Gigih Mencari Rezeki


MarhaenMY - Nur Atiqah binti Yusof
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Published: Dec 13, 2021
81.66%
RM 2,878.00 RM 3,500.00


64.2
Baki Lot Diperlukan
287.8
Lot Telah Terbeli
113
Penyumbang
1,293
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Salam. Saya memerlukan bantuan untuk membeli susu dan pampers untuk anak saya yang baru sahaja berusia 8 bulan, sementara itu suami saya baru sahaja diberhentikan kerja tetapi alhamdulillah berkat usaha doa kami, suami saya baru sahaja mendapatkan kerja di kilang tepung selama 2 minggu sahaja. Saya merupakan seorang OKU fizikal kaki yang tiada pendapatan hanya elaun sebagai OKU sahaja yang saya terima setiap bulan untuk menampung perbelanjaan saya dan keluarga.

Sebelum ini, suami saya bekerja sebagai cucian motor tetapi telah diberhentikan jadi kami bercadang untuk memulakan perniagaan rempenyek pada bulan 9 tetapi tidak mendapat sambutan daripada pembeli. Buat masa ini, saya terputus modal dan tidak dapat lagi meneruskan untuk berniaga rempeyek lagi kerana kekurangan hasil jualan. Jadi, saya dan suami hanya dahulukan keperluan anak saya seperti susu dan pampers. Kami sekeluarga juga tidak mendapat mana mana bantuan selain daripada bantuan bulanan OKU sebanyak RM450/bulan.

Read More



Updates




Update 5 / 10 / 2022

Saya masih perlukan bantuan seandainya ada rezeki untuk family saya. Sekarang umur anak 1 tahun 1 bulan dan perlukan bantuan susu dan pampers. Anak guna susu Fernleaf 1-3 tahun dan pampers saiz M. Saya masih lagi menjual rempeyek tapi kurang dapat sambutan. Saya jual secara online. Buat masa sekarang memang tak ada order lagi. Alhamdulilah suami baru dapat kerja dekat kilang baru start 4 / 10 / 2022. Gaji suami dalam RM800. Kami sekeluarga tinggal dekat rumah ayah, mak dah tak ada. Ayah memang tak kerja, dia warga emas. Keperluan kami selama ni memang tak cukup dan kami makan apa yang ada sahaja. Ayah tak dapat mana2 bantuan cuma saya sahaja. Kami tak ada tunggakan bil api air sebab saya akan jelaskan dulu. Sebulan dalam RM600 keperluan asas kami perlukan. Elaun OKU saya cuma dapat RM450 sambil-sambil saya niaga online chocoalbab.

Update 3 / 04 / 23

Selamat tengah hari seandainya masih ada lagi rezeki untuk saya memang amat² memerlukan lagi bantuan. Saya dah tak niaga sekarang. Saya buat barang staples dari kilang kat rumah. Saya buat 5 tong sahaja dan 1 tong bayaran RM1.10 dorang bayar. Dalam sebulan tak sampai RM50. Dalam RM30 lebih macam tu ja bergantung berapa tong yang dah buat. Yang ni saya ambik kat tempat lain. Sekarang ni cuma bergantung dengan suami bekerja dekat kilang daun rokok dan bantuan sahaja. Saya berhenti buat rempeyek sebab barang makin mahal sekarang. Anak alhamdulillah ok cuma kadang terputus jugak bekalan susu dan pampers dia 😔 Seminggu puasa haritu berbuka hanya minum air sahaja. Kadang terpaksa pinjam sana sini dengan orang.

Update 12 / 07 / 23

Assalamualaikum saya memerlukan bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan. Suami dah sebulan lebih dibuang kerja 😔😔 . Sekarang ni buat barang kilang sama dengan saya dekat rumah. Kira kami berdua dapat dalam RM60 kalau buat barang staples tu. Buat barang kilang ni kami berdua buat dan kalau buat banyak boleh la dalam RM100 lebih sebab barang kilang ni murah ja 1 tong. Suami dah minta tempat kerja kilang lain tapi dah penuh. Untuk keperluan makan minum bil api air kadang2 tak cukup terpaksa juga pinjam dekat orang. Untuk modal tu saya ingatkan nak buat mee goreng, bihun goreng ka nak letak kat kedai².

Read More



Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Huda  RM10.00

64.2

Baki Lot Diperlukan

287.8

Lot Telah Terbeli

113

Penyumbang

1,293

Pengunjung
Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Huda  RM10.00