Salam. Saya merupakan ibu tunggal dan suami dah meninggal tahun lepas bulan 10.10.2020. Saya tak bekerja dan mempunyai 6 orang anak. 3 orang anak perempuan saya da berkahwin. Saya nak mohon sedikit sumbangan kewangan untuk masuk kan meter rumah yang baru tuan. Sebab meter elektrik dah lama kena potong 2 tahun atas sebab banyak bil tertunggak jadi saya nak mohon untuk kewangan untuk saya masukkan semula. Rumah saya rumah bantuan pprt tuan. Saya kesian dengan cucu cucu masih kecil tinggal dalam panas dan gelap, dorang berumur 4 tahun 2 orang dan ada cucu yang baru setahun.
Nama meter atas nama arwah suami saya, jadi kena potong sebab adik arwah suami saya bubuh meter nama suami saya dekat rumah dia jadi bila dah lama diorang guna tak bayar sampai 2 ribu lebih jadi TNB terpaksa potong lah kami nak bayar tak mampu diorang boleh diam macam tu je sampai lah arwah suami meninggal diorang tak nak bayar. Jadi saya terpaksa cari bantu lah untuk letak kan meter baru. Saya tinggal di Perak di rumah saya sendiri. Selama ni pendapatan saya daripada kadang2 orang upah saya jaga budak2 macam tu je tak selalu. Ada juga lah anak2 bagi duit belanja sebab anak pun kerja biasa je kerja sendiri tak mampu nak tanggung kos tu tuan. Saya memang tak pernah mintak bantuan mana2. Cucu saya yang 2 orang ni memang duduk dengan saya tuan dari kecil saya jaga. Upah saya jaga budak2 pun sekitar RM30 sehari time jiran hantar bila diorang ada kerja. Sekarang yang tinggal dengan saya anak bongsu 16 tahun dan anak laki. Anak lelaki saya yang tanggung keluarga sekarang bergantung dengan dia makan minum.
Anak saya kadang ikut orang meniaga kadang2 turun laut. Gaji dia dalam sebulan RM900 ke RM1000 tuan. Dia terima gaji hari, siap terus bos bagi gaji. Makanan asas alhamdulillah cukup2 makan lagi tuan. Saya tak ada tunggakan lain cuma ada tunggakan untuk masukan meter baru je. Jadi yang meter baru tu akan masih guna nama suami kerana dekat geran tanah tu masih nama suami jadi nak letak nama saya sendiri tak boleh sebab kena tukar nama dulu ambil masa sangat lama.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.