Puan Atikah berusia 47 tahun dan sekeluarga telah terputus bekalan makanan sejak seminggu yang lalu. Hal ini disebabkan suami puan Atikah tidak dapat pergi kerja sebagai tukang cat akibat daripada motor yang selalu digunakannya telah rosak. Punca pendapatan yang terputus menyebabkan suami puan Atikah tidak dapat menanggung kos membaiki motosikal yang rosak.
Tambahan pula, Puan Atikah mempunyai lima orang anak perempuan dimana tiga orang daripada mereka masih bersekolah. Dua orang anak Puan Atikah merupakan OKU. Anak sulung berumur 27 tahun(oku) sejak lahir, no 2 berumur 17 tahun, no 3 berumur 14 tahun, no 4 berumur 11 tahun dan no 5 berumur 10 tahun (OKU kena langgar lari tahun lepas dengan kereta. tulang kering patah, urat kaki putus. isi kaki hampir hancur. Lama juga tak dapat berjalan dan alhamdulilah sekarang ni boleh berjalan sikit2 cuma bila jalan dah tak normal macam dulu.
Akibat daripada suami Puan Atikah tak dapat bekerja jadi pendapatan mereka terputus terus dan nak baiki duit belum ada, semakin lama keadaan kewangan semakin teruk. Buat masa sekarang suami Puan Atikah hanya ambik upah racun rumput angkut tanah, tebang pokok tapi tak selalu ada. Gaji tak tentu ada jadi ada kerja ada gaji dan kalau kerja kampung paling banyak RM50 itu pun tak selalu ada. Sebelum PKP ni Puan Atikah bekerja potong sayur di hospital. Namun dia telah diberhentikan kerja tahun lepas disebabkan PKP disebabkan cafe hospital dah had kan jualan makanan jadi pekerja pun dikurangkan.
Untuk rumah sewa memang tak ada masalah untuk keluarga Puan Atikah sebab rumah sendiri cuma mereka ada tunggakan bil api dan elektrik dan terpaksa tarik elektrik mak sedara dan bayar RM50 dekat dia. Untuk keperluan asas mereka, disebabkan kerja tak tentu dia terpaksa jimat kan beras. Bila masak nasi saya lebih kan air, kerap lauk tak ada nak dimakan sebab nak beli barang basah pun duit tak ada.
Tuala wanita amat penting bagi Puan Atikah lagi pulak anak2 prempuan ramai tapi sekarang ni memang dia tak mampu nak belikan untuk anak2 perempuan dia. Puan Atikah sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung keperluan mereka sekeluarga serta membaiki motorsikal yang mejadi punca pendapatan mereka. Puan Atikah sekarang hanya menggunakan kayu api untuk memasak disebabkan kehabisan dapur gas.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.