Memerlukan Kewangan Demi Meneruskan Kehidupan


Memerlukan Kewangan Demi Meneruskan Kehidupan


MarhaenMY - Hezlen Hazarita bt Abdul hamid
Semenyih, Selangor
Published: Jan 10, 2022
46.29%
RM 1,620.00 RM 3,500.00


188.0
Baki Lot Diperlukan
162.0
Lot Telah Terbeli
56
Penyumbang
1,015
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya Hezlen Hazarita binti Abdul Hamid dan suami saya bernama Azizul bin Jamaludin. Saya mempunyai 5 orang anak, yang sulung berumur 20 tahun masih belajar di Giat Mara Saujana Impian.

Empat orang anak yang lain masih belajar di sekolah menengah kebangsaan dan seorang di sekolah rendah. Saya dan suami masing-masing bekerja sendiri, saya dan suami berniaga didepan laluan nak ke Sekolah Rendah Bandar Teknologi. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kami suami isteri tidak dapat menjalankan perniagaan dan sekolah juga diarahkan tutup. Oleh itu, saya dan suami menjalankan perniagaan online dari rumah dengan menjual cucur udang dan kentang spring. Suami saya menggunakan tanah terbiar pak cik saya untuk menanam sayur-sayuran dan menjual sayur-sayuran tersebut di kedai. Namun pada masa tersebut, sayur-sayuran tidak dapat dijual dengan harga yang tinggi.

Saya dan suami tidak mempunyai apa-apa hutang bulanan kerana tidak berani mengambil risiko namun kami masih perlu membayar sewa rumah sebanyak RM 500 sebulan. Dari segi kewangan memang tidak cukup untuk harungi zaman sekarang menyebabkan kami sekeluarga berjimat mengikut keperluan. Saya dan suami cuba untuk memohon bantuan-bantuan lain tetapi susah untuk kami mendapat bantuan tersebut dengan alasan kami berniaga walaupun hanya cukup-cukup makan tapi kami sekeluarga tetap tidak mengeluh dengan kehidupan kami. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, anak-anak saya terpaksa belajar secara online di rumah menyebabkan kami suami isteri berasa satu keperluan untuk memasang wifi dirumah tapi kami sedar duit tersebut lebih diperlukan untuk keperluan harian kami. Saya juga memerlukan kain pelikat baru kerana kain pelikat yang ada dirumah sudah lusuh untuk anak saya yang akan bersunat di Hospital pakar Annur.

 

Update 5 / 08 / 2022

Saya masih memerlukan bantuan sebab anak saya baru lepas accident. Yang accident anak saya yang sulung. Manakala suami saya baru keluar hospital kerana kencing tikus yang menyebabkan kecederaan pada hati dia. Suami saya baru keluar hospital pada minggu lepas. Dan suami ada buat rawatan susulan hujung bulan lepas. Selama ni saya menyara keluarga dengan meniaga cucur udang dan kuih2 dari rumah. Saya masih lagi menanam sayur dan jualan yang saya dapat dalam sehari RM50. 9 / 8 ni anak lelaki saya ada appointment dekat hospital Kajang. Suami dan anak saya kedua-duanya dapat rawatan dekat hospital Kajang. Alhamdulillah keperluan asas kami cukup sebab memang kami utamakan bahan asas dulu seperti beras gula minyak dan barang2 kering. Kalau tunggakan sewa ada, bil api pun ada tertunggak. Sewa rumah tertunggak dah RM1000 lebih. Tapi tuan rumah bagi sewa sampai bulan 12 ni dan hujung tahun dia nak balik rumah tu. Dan saya belum lagi cari rumah lain sebab fikirkan deposit kena bayar pulak nanti. Saya ada dapat bantuan zakat bantuan sekolah makanan dan bulanan. Zakat masa awal sekolah sahaja RM300 dan bulanan RM500.

 

Update 31 / 10 / 2022 - 7 / 11 / 2022

Mohon doa untuk anak bongsu saya berada di ICU Hospital Kajang. Accident dilanggar kereta dan dia perlukan gas untuk bantu pernafasan dia. Geraham gigi anak patah dan kena pasang plate besi kat dagu (bayaran plate dikenakan RM850) dimana pembedahan dah dilakukan. Anak saya masih lagi di ICU, dia baru masuk hari Jumaat. Ni dah kali ke 3 anak masuk ICU dan sekarang masih di ICU Hospital Kajang. Kos pembedahan tu zakat bayar cuma sekarang saya perlu duit untuk perbelanjaan pampers. Saya dan suami tak boleh nak kerja (meniaga) sebab dia tak boleh tinggal seorang. Takut dia sesak nafas tiba2. Buat masa sekarang disebabkan kami niaga sendiri dan banyak masa kami habis kat hospital sebab dia di ICU masa melawat tak menentu. Sebelum2 ni dia kat wad biasa suami boleh niaga je gilir2, tapi bila dia masuk ICU saya selalu dapat panggilan mengejut dari doktor. Bayangkan dia keluar wad paling lama 5 Hari pastu admit balik. Macam tulah dari 21/9 sampai sekarang. Sekarang ni masa di ICU je saya dan suami tak boleh nak buat kerja sebab doktor selalu call nak jumpa. Saya perlukan cash untuk beli pendakap leher dan esok (8/11/22) doktor nak pasang. Anak baru lepas operation di HKL. Doktor tak ada bagi invoice tapi doktor cakap beli dekat farmasi. Harga saya tak pasti tapi doktor cakap bawah RM200. Saya tengok keadaan anak dulu petang ni di HKL wad hdu sebab sini waktu melawat jam 4.30pm - 6.30pm dan saya dahulukan tengok anak dulu sebab doktor baru nak bagitahu benda tu.

Read More



Updates




Update 10 / 03 / 23

Anak masih follow appointment hospital kajang dan hkl. Dari segi kewangan memang tak cukup. Sekarang ni suami sahaja yang bekerja dan saya jaga anak. Rumah sewa pun dah tertunggak 2 bulan. Bantuan Zakat ada, bantuan makanan dapat dan bulanan RM500. Anak saya yang sulung belajar di giatmara puchong. Sekarang bulan puasa saya buat cucur udang hantar ke gerai bazar. Jualan tak tentu, kadang order harini lebih nanti tak habis diorang kurangkan order esoknya. Macam tu lah. Bersih satu hari saya dapat dalam RM70. Saya dan suami buat kuih sesama kat rumah nanti siap packing hantar gerai2 yang order dan yang order personal. 6/4 anak aaya nak operate di hospital kajang. Operation plate besi di geraham. Saya sekarang perlu duit je yang sebetul betul nya dengan buku2 anak yang belum beli. Raya saya tak kisah apa ada kita guna lah. Sekolah dengan yuran dengan PIBG dengan buku2 memang terbeban sikit. Anak tingkatan 5, tingkatan 3 dan tingkatan 1. Setakat ni belum lagi terputus makanan.

Read More



Recent Contribution
Fadli  RM10.00
Top Contribution
Sinuraz  RM200.00
First Contribution
Syaza  RM10.00

188.0

Baki Lot Diperlukan

162.0

Lot Telah Terbeli

56

Penyumbang

1,015

Pengunjung
Recent Contribution
Fadli  RM10.00
Top Contribution
Sinuraz  RM200.00
First Contribution
Syaza  RM10.00