Susianti Ibu Tunggal Kerja Sebagai Pengutip Tin Untuk Teruskan Hidup


Susianti Ibu Tunggal Kerja Sebagai Pengutip Tin Untuk Teruskan Hidup


MarhaenMY - SUSIANTI
MIRI, Sarawak
Published: Jan 17, 2022
92.57%
RM 3,240.00 RM 3,500.00


26.0
Baki Lot Diperlukan
324.0
Lot Telah Terbeli
107
Penyumbang
2,317
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya Susianti merupakan ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak. Tapi 4 orang anak saya tinggal dengan bekas suami saya dan selepas bercerai masing2 tak ambik tahu pasal masing2. Anak2 saya yang tinggal bekas suami masih lagi sekolah. Umur mereka 17 tahun, 16 tahun, 14 tahun, 12 tahun dan 1 tahun 5 bulan. Semua 5 tapi yang dengan saya satu yang lain tu ikut bapak dia sebab dia orang sekolah lagi satu bapak dia tak bagi ikut dengan saya. Saya tak bawa anak2 saya yang lain tinggal dengan saya sebab takut saya tak dapat nak bagi dorang makan. Saya tak ambik tahu bapak mereka kerja apa. Jadi anak saya yang kecil sahaja yang tinggal dengan saya. Saya bekerja sebagai pengutip tin kosong sahaja kerana saya tidak dapat bekerja di luar disebabkan tiada siapa yang menjaga anak saya yang kecil. Saya pun bekerja tak tentu sebab masa baby memang saya bawa dia pergi mana2 sebab tak dapat nak tinggal sendiri di rumah.

Saya disini tiada ibu bapa, saudara mara, saya hanya seorang diri bersama anak. Pendapatan saya tidak menentu, ada RM15 sehari dan sememangnya ia tidak cukup untuk tampung anak saya, sewa rumah, dan kelangsungan hidup. Tetapi saya hanya minta bantuan untuk menyelesaikan sewa yang tertunggak selama 4 bulan. Saya da dapat dana daripada marhaenmy dan sekarang sewa rumah cuma tertunggak 1 bulan. Saya ada dapat bantuan Baitulmal 3 bulan sekali dapat RM550. Sewa rumah saya sebulan RM350 sebulan dan dah 4 bulan tertunggak. Saya sangat terdesak untuk mencari duit untuk bayar sewa rumah dan tuan rumah ada bagi saya tempoh sahaja untuk selesaikan tunggakan tersebut. Saya tak ada tunggakan bil api atau air. Keperluan anak saya yang pampers selalu 2 pek dan susu pun 2 pek juga. Saya berharap agar pihak tuan puan dapat membantu saya. Kalau ada hamba Allah yang sudi membantu saya, Alhamdulillah syukur.

 

Update 20 / 04 / 2022 - 13 / 06 / 2022

Saya ingat ada dana masuk untuk saya masa raya. Dan barang dapur pun saya tak ada untuk puasa dan raya. Sewa bilik sebelum ni saya da bayar tapi masih ada lagi tertunggak 1 bulan lagi. Cik dapat kah up lagi saya punya bantuan sebab saya perlu kan duit cik 😭 saya nak cari bilik sewa baru sebab bilik sekarang dah tak sesuai untuk kami tinggal cik. Kami satu keluarga nak mulakan hidup baru di tempat baru cik. Nak cari rumah yang sesuai  dan dapat simpan barang yang saya pungut untuk di jual dapat di kumpul sikit2 dan kalau ada rezeki lebih saya nak cuba berniaga kecil-kecilan cik saya harap cik dapat tolong saya dan keluarga saya cik 🙏🏽

 

Update 20 / 10 / 2022

Keadaan saya tak berapa baik sebab nak cari rezeki susah sebab hari-hari hujan. Rumah sewa pulak dah 3 bulan tertunggak. Keperluan asas kami memang tak mencukupi, serba kekurangan sekarang ni. Saya masih tinggal di bilik sewa yang sama. Tempat saya tak kena banjir tapi hari-hari hujan. Dah satu minggu ini tak dapat cari apa2 barang untuk di jual sebab sentiasa hujan. Saya ada internet ini pun guna wifi tuan rumah tempat saya sewa. Bil api air tak ada tunggakan sebab dah masuk dalam bilik sewa. 

 

Update 28 / 10 / 2022

Tolong saya sekarang ada di hospital nak buat pembedahan ada ketumbuhan dalam rahim. Sekarang saya masih di hospital tunggu masuk bilik bedah. Anak saya sekarang saya suruh bekas suami jaga untuk sementara ini. Saya kena bedah harini 28.10.22.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM510.00
First Contribution
Hidayah  RM20.00

26.0

Baki Lot Diperlukan

324.0

Lot Telah Terbeli

107

Penyumbang

2,317

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM510.00
First Contribution
Hidayah  RM20.00

Kempen Lain