Anak saya bujang dan tidak dapat bekerja kerana menghidap penyakit kanser daripada tahun lepas lagi . Kerap kali sudah dia buat rawatan radioterapi sebanyak 35 kali dan kimoterapi di hospital dan sehingga kini masih menerukan untuk rawatan kimoterapi. Kesan yang diterima daripada rawatan radioterapi itu, dia tidak berapa dapat makan dengan normal dan hanya berharap dengan susu endure gold. Harga susu yang semakin hari semakin mahal itu menyebabkan saya tidak mampu untuk memenuhi keperluannya setiap bulan.
Susu 800gram itu hanya cukup untuk 4 ke 5 hari sahaja. Disebabkan faktor kesihatan yang dihadapinya, dia digantung kerja di tempat lama dan tidak dapat bekerja sehingga sekarang. Kami ada cuba untuk minta bantuan my salam tetapi tidak dapat, cuba untuk minta bantuan socso juga tidak berjaya. Kos rawatan untuk anak saya tidaklah semahal hospital swasta tetapi memerlukan sejumlah wang yang kami sendiri tidak mampu untuk membayar. Setakat ini, saya sekeluarga hanya bergantung harap dengan perniagaan kecil yang dijalankan. Disebabkan itu juga, kami tidak mampu untuk teruskan lagi rawatan yang diperlukan untuk kesihatan anak saya.
Sehingga kini, masih ada kos rawatan yang tertunggak yang masih belum dijelaskan akibat faktor kewangan, sehingga kami menerima notis dan bil yang tertunggak daripada pihak hospital. Kami berasal daripada Sibu, Sarawak tetapi terpaksa berulang alik ke Kuching, Sarawak untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan di mana mengambil masa sebanyak 8 jam untuk ke sana. Kos ulang alik pun agak tinggi , RM60 hanya untuk perjalanan sehala sahaja.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.