Apa-apa jenis sumbangan untuk adik Yusuf pun kami terima cik. Untuk keluarga kecik adik yusuf,memang mereka mengalami sedikit masalah dari segi kewangan memandangkan ibu bapa Yusuf mereka bekerja sendiri iaitu meniaga pelbagai jenis makanan.Tetapi disebabkan covid,mereka tak dapat berniaga dan ayah Yusuf cuma bekerja di kebun2 orang kampung sahaja untuk menampung kehidupan mereka.
Dan dengan keadaan sekarang ibu bapa yusuf cuma berulang alik dari hospital ke rumah di kota bharu.sebelum ini mereka menetap d Gua Musang.mereka tidak boleh berada jauh dari Hospital memandangkan Yusuf tak berapa stabil.Bila2 masa sahaja pihak Hospital akan inform mereka. Bantuan dari segi kewangan yg diterima kami akan gunakan untk menampung kos untuk membeli peralatan2 untuk kegunaan seharian yusuf sebgai kanak2 istimewa seperti katil untuk anak2 OKU,tilam untuk kanak2 OKU,tiub susu(Yusuf sekarang boleh minum susu melalui tiub sahaja),susu pediasure (doc benarkan susu ini sahaja untuk Yusuf),pempers,dan untuk menampung kos perjalanan pergi dan balik ke Hospital.
Seperti yg cik sedia maklum,sebulan yang lalu yusuf adalah kanak2 normal,yg boleh berjalan,bercakap & aktif.tapi disebabkan penyakit DYISTONIA ini,menyebabkan Yusuf lumpuh seumur hidup. Dulu ibu bapa yusuf meniaga makanan di pasar malam,tapi once covid melanda ,mereka tak dapat meniaga.Jadi bapa yusuf cuma bekerja di kebun2 orang kampung seperti mengambil upah mencuci kebun,mengambil upah menguruskan kebun sawit,kadang2 kebun getah pun ada.boleh kata yang mana ada kosong,bapa yusuf buat.tapi bila yusuf dah start masuk Hospital,bapa yusuf xdapat nak buat lagi kerja2 tu semua sebab mereka terpaksa ada dekat di Kawasan- Kawasan Hospital memandangkan keadaan yusuf yang tidak begitu stabil.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.