Ibu Tunggal Memerlukan Bantuan


Ibu Tunggal Memerlukan Bantuan


MarhaenMY - Nur Aisyah Binti Abdul Manan
Cheras, Kuala Lumpur
Published: Jan 31, 2022
93.43%
RM 3,270.00 RM 3,500.00


23.0
Baki Lot Diperlukan
327.0
Lot Telah Terbeli
123
Penyumbang
2,530
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya aisyah, ibu tunggal anak ada satu umur 1 tahun 7 bulan, saya perlu bantuan susu nestle nan ha step 2 dan pampers mamypoko standard tape XL, anak eczema jadi memang susu dia khas dan agak mahal. Sekarang saya masih mencari kerja, sudah 2 bulan kehilangan kerja dan pendapatan tetap. Sebelum ni saya kerja kontrak dah tamat bulan 11 2021.

 

Sebelum ni kerja kontrak bawah program mystep bawah kerajaan tetapi tidak dapat untuk bekerja long term. Saya agak terkesan sebab barang teruk sangat naik termasuk susu anak. Sekarang saya tumpang rumah atuk nenek, mereka duduk kampung, kira rumah family. Dalam sebulan, lebih kurang tiga tin diperlukan tetapi saya tidak berapa mampu, ada cuba untuk tukar jenis susu tetapi tidak berapa okay dengan anak saya , malah eczema dia semakin teruk. Sekarang saya buat part time dengan membungkus barangan makcik saya jual di shopee, dari situlah saya menjana pendapatan buat saya dan anak.

 

Update 29 / 06 / 2022

Umur anak sekarang dah 2 tahun dan pampers dia pakai size L. Buat masa sekarang ni saya masih struggle lagi, dek kerana banyak hutang tak dapat nak selesai lagi. Tapi alhamdulillah baru je dapat kerja start 7/6 haritu. Anak pun baru je lepas kena admit hospital awal bulan june haritu, dia dah 2 kali admit hospital. Memang berat ujian saya tahun ni. Saya ada nampak duit masih masuk ke dalam account. Nak ucap terima kasih banyak kepada semua team marhaenmy dan hamba Allah yang sudi membantu saya. Saya kerja admin dekat company swasta. Anak start masuk hospital bulan 4 puasa haritu admit sebab ada angkitan bakteria dalam darah, bulan 5 kena jangkitan HFMD, dan hujung bulan 5 sampai awal bulan 6 admit hospital sebab kena jangkitan virus. Berpunca dari penyakit dia juga eczema tu dan sekarang bawah pemerhatian pakar kulit. Doktor kata imun dia drop sejak lepas kena covid last year. Tu yang eczema dia jadi teruk dan senang kena jangkitan. Sekarang ni follow up jela, 6/7 ni ada appointment. Skin dia okay dah sikit. Ada certain part la yang susah nak pulih.

Jujur saya cakap memang buat masa ni saya rasa perlukan bantuan, sebab baru je lagi dapat kerja jadi income belum stabil. Saya masih tumpang rumah atuk nenek dekat Pangsapuri sri penara dekat bandar sri permaisuri. Saya duduk rumah atuk & nenek saya ada bayar utiliti. Ni bergantung la tapi rasanya api/air/ maintance tu semua RM150 camtu rasanya. Keperluan asas boleh dikatakan 50/50 sebab selalunya sebelum ni bila dapat upah saya setelkan bayar kotmitmen dan hutang dulu. Jadinya kalau ada sesiapa beri bantuan duit atau barang ada la makanan/minimum tapi mostly barang kering la. Tapi makanan alhamdulillah memang selalu ada yang membantu. Saya dah mohon baitulmal tapi mereka kata tak layak. Sekarang nak cuba buat rayuan. Gaji saya dekat kerja baru RM1600, alhamdulillah cuma untuk bulan ni gaji kira prorate sebab start 7/6.

LIST OF DEBT
-MAKTEH: RM1K
-PARKSON CREDIT(Motor) : RM500
-TAUFIQ : RM200

Hutang2 ni memang yang saya pinjam daripada saudara dan kawan. Lesen dengan roadtax pun saya tak renew lagi banyak benda saya hold dulu supaya boleh penuhkan keperluan anak. Setiap kali pergi hospital bawa naik sama ada ehailing atau taxi pun cost tinggi jugak. Tapi itu ikut keadaan cik kalau kena time peak hour boleh cecah sampai RM50. Hospital yang bawa anak checkup Hospital Tunku Azizah, area HKL.

All Commitment
-Parkson Credit : RM264
-Taska : RM300
-Nestle Nan Ha 2 : RM101.50 (4x tin)
-Mamypoko Size L : RM30 (5x pack)
-Coway : RM65

Ni tak termasuk ubat anak,utilities, makan/minum. Ikutkan tak banyak mana pun komitmen saya cuma part anak memang tinggi. Barang pulak sekarang makin naik. Taska tu pun saya minta nego kalau ikutkan RM400.

 

Update 4 / 05 / 2022

Kalau saya nak minta bantuan tu dari segi pakaian boleh ke. Pakaian terpakai pun boleh untuk anak saya dan saya. Tapi yang penting untuk anak la. Dia dah masuk 2 tahun kan jadi banyak baju yang dah tak muat.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Myra  RM100.00
Top Contribution
Noor'aini  RM120.00
First Contribution
Maz  RM30.00

23.0

Baki Lot Diperlukan

327.0

Lot Telah Terbeli

123

Penyumbang

2,530

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Myra  RM100.00
Top Contribution
Noor'aini  RM120.00
First Contribution
Maz  RM30.00

Kempen Lain