Saya merupakan ibu tunggal dan pemegang kad oku mental. Saya tinggal bersama anak sulung saya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya memerlukan bantuan dari segi kewangan dan keperluan makanan disebabkan saya sendiri OKU dan tidak dapat menjana sebarang pendapatan. Saya mempunyai satu tanggungan di mana anak saya yang masih lagi belajar di IPG Cheras yang kadang kala memerlukan kewangan yang agak besar juga. Saya sudah pun mencuba untuk minta bantuan di Baitulmal tetapi pemohonan saya ditolak. Anak saya yang berada di IPG pula sekarang tinggal di rumah sewa kerana tidak dapat duduk di asrama lagi. Sekarang, keluarga saya menerima bantuan dari JKM Perlis sebanyak RM450/ bulan tetapi itu masih tidak mencukupi. Anak saya yang lagi seorang pula mencari rezeki dengan membuat grab. Serba sedikit dapat membantu saya dalam menjana pendapatan.
Saya masih lagi perlukan bantuan untuk anak saya. Saya ada 2 anak lagi yang belum berkahwin. Seorang lelaki (23 tahun) dan seorang perempuan (20 tahun). Yang bongsu masih belajar kat IPG Cheras dan Ijazah tahun pertama. Saya perlukan duit sara hidup untuk mereka RM300 sebulan seorang. Sekarang ni menantu saya dalam pantang. Anak saya tak dapat PTPTN tapi cuma elaun sahaja sebanyak RM430. Anak memang tak dapat biasiswa. Anak saya yang lelaki bekerja tapi tak mencukupi untuk sara hidup. Anak kedua saya kerja dengan celcom bahagian service dan anak sulung kerja sebagai audit lepasan UUM. Anak kedua tak tinggal bersama, dia tinggal asing. Setakat ni kami memang tak ada tunggakan apa2 lagi.
Selamat petang. Saya masih perlu bantuan sebab ada anak masih belaja .di IPG Cheras. Perbelanjaan seharian tinggi dan anak menginap di bilik sewa MR400 sebulan. Kalau dapat dari segi kewangan saya berbesar hati. Saya ada 3 orang anak. Saya tinggal dengan anak sulung (28 tahun) yang dah berkahwin dan ada anak seorang 6 bulan. Isteri anak saya tak bekerja. Yang no 2 tinggal asing dan yang bongsu perempuan masih belajar umur 21 tahun. Anak sulung saya masih menunggu panggilan kerja. Dia kerja sebagai audit dan sebelum ni dia ada buat grab. Anak no 2 sedang berusaha kumpul duit untuk kahwin dan saya tak dapat nak tolong. Dia menyewa bilik dengan sewa RM450 sebulan.