Adik Alif Memerlukan Bantuan Pernafasan


Adik Alif Memerlukan Bantuan Pernafasan


MarhaenMY - Norkintan binti Abdul Rahman
Bandar Pusat Jengka, Pahang
Published: Feb 07, 2022
15.2%
RM 760.00 RM 5,000.00


424.0
Baki Lot Diperlukan
76.0
Lot Telah Terbeli
27
Penyumbang
490
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Salam, saya merupakan Pn.Norkintan seorang suri rumah yang mepunyai 5 orang anak. Suami saya ada buat kerja kerja kampung sahaja seperti bawa lori sawit,ambil upah meracun, kerja ladang dan income family juga dibantu dengan saya menjual sedikit barang barang yang saya jahit sendiri seperti bantal, baju kanak kanak. Saya mempunyai 5 orang anak, yang sulung sedang belajar di IPT di UPSI, yang kedua tingkatan 4 , yang ketiga tingkatan 2, no 4 darjah 4, dan yang bongsu merupakan seorang yang istimewa dikalangan semua kerana dia disahkan mempunyai penyakit Vacterl Association iaitu sejak lahir lagi.

 

Penyakit ini menyebabkan organ organ penting tidak berfungsi dengan normal termasuk jantung , paru-paru, buah pinggang, dan tulang belakang pesakit. Pesakit memerlukan bantuan bekalan oksigen di rumah kerana kandungan oksigen dalam darah pesakit bergantung kepada bekalan oksigen tersebut. Pesakit perlu menjalani rawatan dan temujanji di klinik paediatrik Hospital Temerloh dan Kuantan. Di IJN pula dah stop menjalani apa apa rawatan sebab dr maklumkan jantung tak boleh nak operate dah. Rawatan ditanggung kerajaan sepenuhnya kerana adik Alif merupakan seorang OKU tetapi untuk supply tong gas oksigen dan segala yang berkenaan dengan oksigen tu ditanggung sendiri dan kadang kala tak boleh nak sewa terus sebab saya tak cukup duit. Saya anggarkan bulanan untuk adik Alif ni sahaja dah mencecah hampir RM2000 sebab dia juga kena pakai aircond, pampers sebulan 4 bungkus sebab dulu takda lubang untuk buang air besar jadi sekarang lepas operation memang dia akan buang air besar tak macam kita.

 

Susu pedia sure Vanilla sebulan hampir 4 tin sebab dia kena minum susu tu pekat nak bagi nutrisi dalam badan sebab dia tak boleh nak makan makanan pepejal sebab masalah usus.Untuk sewa tong oksigen pula kena bagi deposit sebanyak RM1200 lepastu kena bayar bulanan. Sekarang ni adik Alif lebih kerap sakit jadi oksigen diperlukan dengan lebih banyak. Sebulan sahaja RM2000 untuk tong oksigen. Sekarang adik Alif berada di Hospital Temerloh kerana baru-baru ni Adik Alif terdapat kuman di paru-paru dan air kencing . Untuk keadaan sekarang, dia dah mula pakai oksigen sebanyak dua liter perjam disebabkan paru-paru adik Alif tidak dapat menyokong lagi .

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aidawati  RM50.00
Top Contribution
Hidayah  RM100.00
First Contribution
Hidayah  RM50.00

424.0

Baki Lot Diperlukan

76.0

Lot Telah Terbeli

27

Penyumbang

490

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aidawati  RM50.00
Top Contribution
Hidayah  RM100.00
First Contribution
Hidayah  RM50.00