Saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil berumur 3 tahun dan 1 tahun 8 bulan. Baru baru ini saya diberhentikan kerja sebagai tukang buat air dan tidak dapat untuk menjana pendapatan sehingga kami tak mampu untuk membeli barang dapur atau stok makanan disebabkan anak saya jatuh tangga pada bulan lepas dan saya terlalu lama ambil cuti, jadi tempat kerja saya berhentikan saya.
Sehingga kini, saya masih tiada kerja dan menganggur kerana itu juga lah saya cuba untuk memohon kerja di merata tempat tetapi masih tiada sebarang maklum balas. Kami sekeluarga telahpun kehabisan makanan , kadang- kadang anak saya yang kecil itu terpaksa berlapar sehingga makan bubur dan biskut kering sahaja. Kalau boleh , saya ingin memohon bantuan barangan makanan dan sedikit keperluan anak kecil saya yang memerlukan pampers size XL dan ubat demam kerana kerap sangat demam dan saya tidak mampu untuk bawa dia ke klinik kerana anak saya tu masih meyusu badan. Saya juga telah kehabisan mask untuk diri saya keluar, jadi saya terpaksa menggunakan mask yang sama ataupun mengambil keputusan untuk tidak keluar. Satu rumah saya ada 4 orang yang menghuni iaitu saya , adik saya yang masih sekolah dan anak saya .
Ibu saya pula mempunyai sakit paru-paru berair dan asthma yang agak kuat. Anak pertama saya tiada bersama saya kerana telah pun diambil oleh JKM semasa bersalin pada 2018 kerana saya tidak mampu untuk jaga. Rumah yang kami duduk sekarang hanya rumah sewa. Sebelum ini , saya yang bekerja untuk tampung keluarga, bayar sewa rumah dan beli segala keperluan dapur . Cuma apabila saya diberhentikan kerja sekarang , segalanya tertunggak termasuk bil api dan bil air. Saya telah cuba untuk memohon pada zakat dan baitulmal tetapi tidak lulus .
Alhamdulillah keadaan saya dengan anak baik2 je.. Macam tu saja.. Saya tak ada kerja lagi puan.. Sebab anak saya sudah 2 tahun.. Tapi masih tak mahu lepas dengan saya lagi.. Saya da cuba hantar dia kat rumah atok saya pun dia tak mahu.. Nak hantar pengasuh susah.. Dengan mak saya pun dia tak mahu.. Berapa kali da cuba.. Saya kadang sampai stress.. Dengan anak saya macam tu tak mahu dengan orang.. Saya nak kerja pun susah.. Saya sekarang ada juga cari kerja mengasuh baby.. Tapi dapat pun jauh2 shah alam dengan PJ.. Saya transport pun tak ada.. Saya masih perlukan puan sebab saya masih tak kerja.. Kadang pun mak cik yang hantar makanan.. Saya bukan tak usaha.. Tapi da bermacam2 cara saya cuba.. Tapi tetap jugak tak berjaya.. Nak beli susu pampers dia semua.. Pakai duit lagi,. Sampai bila saya nak mengharapkan bantuan saja.. Kalau tak kerja.. Saya pernah cuba buat online bisnes tapi tak lama..
Bantuan lain saya tak dapat puan.. Dulu je pernah mohon baitumal tapi tak lulus .. Diorang kata saya masih muda dan mampu berkerja.. Saya masih tinggal tempat yang sama.. Dengan mak saya dekat salak selatan.. Mak saya kerja sebagai security dan rumah mak saya ni pun rumah sewa.. Gaji mak tak tentu jugak.. Kadang RM900 kadang RM1000 lebih macam tu.. Tengok pada kerja juga.. Mak pun kadang kerja kadang tak.. Sebab mak ada sakit.. Kalau dalam seminggu tu 4 hari kerja 3 hari cuti.. Dekat rumah ada 4 orang.. Saya, anak saya, mak dan adik saya yang masih sekolah.. Biasanya sewa rumah mak saya akan utamakan dahulu sebab sewa tak boleh tunggak .. Cumanya sekarang mak saye ada tunggak maintenance je berapa bulan sekali dengan air.. Api pulak kadang tunggak 2 bulan macam tu..
Saya masih memerlukan bantuan. Saya masih belum dapat kerja. Kalau boleh saya memang memerlukan bantuan. Baru baru ni saye jaga atuk saya di hospital dan atuk saya baru meninggal 2 hari lepas. Saya mahu cari kerja tapi anak saya tidak ada orang yang mahu jaga dan mak saya di dalam penjara.