Dah seminggu adik Edwin masuk wad since bacaan demam kuning (Jaundice) naik ke 305 lepas 2 bulan dia dilahirkan. Hati adik ni nmpk ad masalah time early checkup dekat hospital Seremban (HTJ)💔
Then kes adik ni kena forward ke hospital dekat KL untuk check darah semua sebab hati dia bengkak. Bila keputusan darah keluar, doktor sahkan adik Edwin positif virus Cytomegalovirus (CMV) yang menjadi punca hatinya bengkak.
Adik Edwin perlu dimasukkan ke wad hospital Seremban (HTJ) pada 31 March 2021 selama 6 minggu bagi mendapatkan rawatan dan melakukan scanning pada otak. Doktor takut virus tu dah sampai ke otak😖.
Ayah adik Edwin tak bekerja dah since takde orang nak jaga lagi 2 orang anak beliau😢💔.Ibu adik Edwin buat masa ni memang sangat appreciate if ada antara kita yang sudi nk bantu untuk tampung sedikit kos perubatan & pengurusan adik Edwin semasa menerima rawatan dkt hospital.
Sebelum ayah adik Edwin ni stop kerja untuk jaga anak, dia bekerja sebagai pemasang paip. Normally gaji dia by hari, sehari lebih kurang RM60. Btw sedara mara dorang memang takde yang duduk dekat dekat sini tau😢. Family dorang semua dekat sarawak. Dorang orang sarawak.
Family adik Edwin amatlah menghargai mana-mana individu yang sudi hulurkan bantuan kepada mereka sekeluarga. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.