Bantuan Buat Kos Rawatan Ayah Menghidap Sakit Hati Yang Kronik


Bantuan Buat Kos Rawatan Ayah Menghidap Sakit Hati Yang Kronik


MarhaenMY - Nurul Hafizah Zainodin
Kuantan, Pahang
Published: Feb 21, 2022
100%
RM 4,000.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
400.0
Lot Telah Terbeli
7
Penyumbang
423
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya Nurul Hafizah nak mohon bantuan untuk rawatan ayah yang mempunyai masalah hati kronik. Ayah selalu ke hospital untuk rawatan buang air dari perut kerana air dari badan tak dapat proses. Saya ada 6 orang adik beradik dan 2 orang dah meninggal dunia. Manakala saya dan adik bongsu tinggal dengan mak ayah. Abang dan adik lelaki dah berkahwin. Semua berniaga tak ada pendapatan tetap juga dan adik yang laki tu je kerja tapi ada family sendiri.

 

Dia pun baru juga dapat kerja. Kami berniaga pun tak menentu sebab kadang niaga lepas modal je, perbelanjaan semua bergantung dari hasil niaga harian jela. Dan ada juga kalau hujan tak dapat nak berniaga. Saya niaga air balang, sekarang niaga 1 tempat je dekat Carboot Sale Taman Kerang. Sebelum ni berniaga di 2 tempat boleh la menampung rawatan hospital ayah tuan. Tapi sekarang dekat espalaned MBK tak benar berniaga sebab takada permit. Jualan sehari selalu dapat RM200 dan kalau hujan tak banyak. Ayah kalau tak kena tahan wad biasa dalam RM30 lebih je tapi kalau tahan wad dalam 2 hari mungkin dekat RM100 jugak caj hospital tu. Ayah memag bulan² kena ke hospital sebab air dalam badan tak dapat proses. Makin lama makin membesar perut dia kalau tak pergi hospital. Maaf tuan kalau keluarga kami ni susahkan semua orang. Ayah ada dapat bantuan zakat dari pahang dan bantuan tu buat bayar sewa rumah bulan-bulan. 

 

Dari JKM ada mohon atas nama mak. Lama dah mohon ni tapi belum ada perkembangan apa2. Dari mysalam untuk penyakit kronik tu pun dah cuba mohon tapi tak lulus.  Saya juga ada mohon surat dari JKKK untuk kurangkan bil discharge hospital tapi baki dari bil nanti kena byar sendiri. Kami duduk rumah sewa sebulan RM650, saya dan adik akan bahagi antara 2 untuk bayar sewa. 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM3,910.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM3,910.00
First Contribution
Maz  RM30.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

400.0

Lot Telah Terbeli

7

Penyumbang

423

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM3,910.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM3,910.00
First Contribution
Maz  RM30.00