Terpaksa Berhenti Menjual Laksa Disebabkan Anak Menghidap Asthma Yang Kronik


Terpaksa Berhenti Menjual Laksa Disebabkan Anak Menghidap Asthma Yang Kronik


MarhaenMY - Zurina Binti Hussin
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Published: Feb 21, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
78
Penyumbang
2,182
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Nama saya Zurina, suami saya baru sahaja mula bekerja sebagai Event Management Bahagian Operation pada awal bulan Januari lepas selepas diberhentikan kerja disebabkan PKP yang lepas manakala saya pula merupakan seorang suri rumah saja dan tidak dapat bekerja untuk membantu suami saya disebabkan anak saya yang tidak berapa sihat. Saya ada 2 orang anak , seorang lelaki berumur 6 tahun manakala yang perempuan menghidap sakit Asthma itu berumur 4 tahun. Anak perempuan saya disahkan ada Asthma yang memerlukan pakai inhaler warna coklat setiap hari sebanyak 2x sehari dan inhaler biru ( apabila perlu sahaja).

 

Duit gaji suami habis digunakan untuk pindah rumah pada awal bulan Febuari. Duit gaji serta simpanan sedikit habis untuk kos deposit rumah. Saya memerlukan bantuan ubat Inhaler biru dan coklat, alat nebulizer untuk ambil gas dirumah dan susu lactogen stage 2. Buat masa ni, untuk dapatkan rawatan nebulizer saya terpaksa bawak anak ke klinik yang berdekatan untuk ambil gas. Sekali ambil nebulizer di klinik dalam RM20 / RM30 kalau ambil nab sahaja tanpa ubat batuk atau demam. Inhaler biru 1 RM10-RM20 dan coklat RM45-RM55 ikut pada farmasi. Saya ada juga ambil tempahan buat laksa tapi kalau ada tempahan, cuma sekarang sebab anak Asthma dan Allergic pada bau cili rebus tu yang saya terpaksa berhenti sekejap ambil tempahan.

 

Update 8 / 08 / 2022

Anak saya masih lagi ambil inhaler setiap hari. Gas cuma bila perlu sahaja. Kalau ikut kata doctor inhaler biru memang wajib ambik setiap hari dengan dos yang minimum. Cuma kalau ada batuk perlu naikan dos dari 2 pump untuk 2x sehari kepada 3 pump setiap 4 jam. Saya masih lagi buat tempahan laksa setiap kali ada tempahan. Biasa hujung minggu ada tempahan. Harga jualan tu tak menentu sebab sebelum ni saya letak harga RM6. Tapi kos dah naik, ikan telur apa semua dah naik jadi saya naikkan harga RM7.50 satu bekas. Kadang ada tempahan untuk kenduri atau hantar ke surau. Selain laksa saya ada terima nasi lemak / nasi tomato juga. Awal bulan baru ni anak saya kena ambik gas sebab nafas laju dan perlukan gas. Gas memang saya ambil bila perlu kat klinik. Kalau boleh bantuan dari segi susu anak, makanan asas, nebulizer untuk ambik gas okay jugak tuan/puan.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM120.00
Top Contribution
Lius  RM1,500.00
First Contribution
Sham  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

78

Penyumbang

2,182

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM120.00
Top Contribution
Lius  RM1,500.00
First Contribution
Sham  RM20.00