Saya penghidap bipolar disorder type 1 (mental disorder). Jadi, penyakit ni kalau relapse, saya akan jadi tak boleh manage duit saya dgn betul. Jadi boros sangat sangat sampai saving semua akan habis kerana nak bukak bisnes yg tak masuk akal dsb. Last episode relapse saya, saya jadi overly religious sampai saya habiskan semua saving saya sebanyak RM3k utk bersedekah sampai saya langsung tak fikir pasal komitmen sendiri. Bill, barang dapur saya tak beli. Saya juga masa tengah hadapi episode ni, telah ambik keputusan melulu berhenti kerja.
Padahal kerja tu lah kerja yang paling bagus dari segi gaji dsb. Gaji RM2k, work from home. Saya kerap bertukar kerja kerana apabila saya dpt kerja bagus je dan niat nak kerja tetap, mesti penyakit saya dtg balik. Saya dah beberapa kali terpaksa masuk ward utk jadi normal balik. Jadi, disebabkan terjadinya episode ini, saya sekarang berhutang banyak, financially memang ke laut. Bill api tertunggak sebanyak RM1k, motor nasib baik saya dapat buat refinance, kalau tak, saya ingat dah nak kena tarik. Motor tu transport saya ke tempat kerja. Kami sekeluarga sekarang hanya makan ikan bilis dan telur sahaja untuk membayar balik semua hutang. Saya pinjam ramai duit orang utk kelangsungan hidup dan membayar hutang. Sejak terjadinya episode tersebut, isteri saya ambik alih bank account. Saya bagi semua duit kepada dia untuk dia uruskan. Supaya perkara ini tak berulang lagi. Sekarang, saya nak beli pampers anak pun takde duit. Anak saya kalau takde dapat bantuan pampers esok, dia terpaksa pakai lampin kain tu je. Gaji saya lambat lagi (8hb march). Dan last gaji saya RM300 (masuk tak ckup bulan) saya habiskan bayar hutang. Duit nak makan memang takde, duit yg ada hanya utk isi minyak motor. Anak saya pulak menghidap penyakit autism, doctor diagnosed dia tahun lepas. Saya buntu.
Saya tak mampu nak bawak dia pegi therapy. Sekali pegi therapy pun dah makan ratus. Isteri saya tak boleh bekerja sebab anak saya tak boleh dengan orang lain selain saya dan isteri. Sebaiknya utk kanak kanak autism, kami perlu ke hantar taska khas. Tapi memang saya tak mampu sebab sebulan je yang paling murah dah RM500. Jadi, saya seorang jelah yang dapat bekerja. Isteri saya pun penghidap penyakit mental. Tapi tak teruk mcm saya. Penyakit dia Borderline Personality Disorder (BPD). Isteri saya mempunyai sejarah cuba bunuh diri beberapa kali. Emosinya mudah terganggu. Selain dari hidap penyakit mental, saya juga menghidap sleep apnea. Penyakit ni buatkan saya tak boleh rehat secukupnya sebab nafas saya terhenti waktu tidur. Saya perlu kan CPAP machine yang memang saya tak mampu kalau nak beli sebab harganya mencecah ribuan. Badan saya memang terasa letih seharian walaupun tidur 8 jam
Ini jumlah yang kami sekeluarga perlukan CPAP machine
Hi selamat pagi. Alhamdulillah sekarang dah way better. Saya dah dapat kerja gaji tinggi dari sebelum ni dan isteri pun dah kerja. Anak kami dah hantar taska. Terima kasih banyak2 buat team marhaen. Sorry cerita tak habis sangat tadi. Tengah kerja. Ni baru balik. Okay la sekarang ni pendapatan dah bertambah dan hutang boleh slow2 habiskan bayar. Duit yang dapat dulu saya beli motor 2nd hand untuk isteri cari kerja. Alhamdulillah dah dapat kerja dan tengah bekerja sekarang. Tapi cuma harap new employer tak tau la saya ada mental illness. Takut kena buang kerja. Yelah ramai orang ada stigma kan terhadap mental illness. Kerja ni dah bagus sangat. Saya betul2 happy. Boleh membantu penyakit saya jugak kalau saya kurang stress. Saya kerja farm driver dan isteri kerja F&B. Untuk ubat hari2 saya makan ubat. Tapi saya dapat ubat dari government hospital. Saya ada nampak kempen dimarketkan balik dan kalau dapat lebih, saya boleh repair kereta saya. Kami dah nak dekat setahun naik motor je kesana kesini. Kesian kat anak berhujan panas. Tapi sekarang saya rasa da tak perlukan mesin tu. Pada saya work environment tu paling penting. Saya dah dapat kerja yang tak stress sangat, jadi baik untuk kesihatan mental saya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.