Isteri Menghidap Sakit Kanser Gastric Adenocarcinoma.


Isteri Menghidap Sakit Kanser Gastric Adenocarcinoma.


MarhaenMY - Kalaivani a/p Arumugam
Ipoh, Perak
Published: Feb 21, 2022
100%
RM 5,010.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
501.0
Lot Telah Terbeli
200
Penyumbang
1,583
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Isteri dari keluarga susah jadi tak pernah pergi sekolah. Tahun lepas dalam bulan Oktober isteri saya diagnose sakit kanser gastric adenocarcinoma. Kanser dah lama cuma lambat dapat tahu. Sebelum itu tiada simptom. Dalam bulan 9 bila isteri dah susah nak makan, tiap kali makan sangkut dekat tekak dan muntah baru kami jumpa doktor di hospital besar Ipoh. Time doktor beritahu kanser dah stage 4. Tumor di area perut tapi doktor kata tak operate sebab sel kanser dah merebak ke tempat lain. So cuma boleh buat chemo sahaja. Dalam bulan Disember isteri dah sakit teruk. Jadi saya hantar dia ke kuala lumpur ke rumah keluarga dia untuk dijaga dan dapatkan rawatan di hospital kuala lumpur. Saya seorang sahaja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Gaji basic saya rm1200. Kalau ada ot boleh dapat dalam RM1400.

 

Dari bulan September hingga December saya terpaksa ambil cuti tanpa gaji yang panjang untuk jaga isteri saya.(ini adalah sebelum saya hantar isteri ke kuala lumpur). Semasa di kuala lumpur isteri ada buat chemotherapy di hospital kuala lumpur. Sebenarnya mula2 dulu adik lelaki dan abang isteri yang offer untuk jaga dia di kuala lumpur. Tapi selepas 2 minggu di sana timbul masalah dengan kakak ipar pula di sana. Senang kata masalah keluarga. So dalam bulan Januari selepas buat satu sesi radioterapi dan dua sesi chemotherapy isteri dah sihat sikit. Doktor di sana kata file isteri boleh transfer balik ke Ipoh. Jadi sekarang isteri saya di Ipoh dan masih jalan rawatan. Sejak di diagnose kanser, perbelanjaan memang tinggi. Sebelum sakit saya dan isteri bekerja. Tapi sejak sakit isteri sudah berhenti kerja dan saya seorang sahaja tanggung isteri.

 

Saya ada anak angkat seorang. Actually anak dari perkahwinan pertama isteri saya. Anak saya umur 19 dan dia juga tidak dapat bekerja sebab jaga isteri saya di rumah. Sekarang ini saya memerlukan bantuan kewangan sebab sewa rumah tertunggak 3 bulan. Bantuan kewangan ini juga untuk bayar bil hospital isteri setiap kali dia buat rawatan chemo. Setiap kali rawatan chemo bil hospital adalah dalam RM150 ke RM200. Juga untuk beli adult pampers dan susu untuk isteri. Saya juga perlukan barangan kering/food box. Saya perlukan RM5000 untuk bayar sewa rumah tertunggak, rawatan kemoterapi isteri hingga bulan Ogos dan juga untuk beli barang barang lain. Memang plan nak hantar anak bekerja tetapi keadaan isteri tidak mengizinkan. Kena ada satu orang yang sentiasa jaga isteri di rumah. Terutamanya selepas kemoterapi.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Mohd  RM60.00
Top Contribution
Ade  RM300.00
First Contribution
Hamba  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

501.0

Lot Telah Terbeli

200

Penyumbang

1,583

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Mohd  RM60.00
Top Contribution
Ade  RM300.00
First Contribution
Hamba  RM10.00