Bantuan Buat Kak Midah Yang Sehelai Sepinggang Setelah Dihalau


Bantuan Buat Kak Midah Yang Sehelai Sepinggang Setelah Dihalau


MarhaenMY - Hamidah Binti Abd Majid
Bukit Beruntung, Selangor
Published: Feb 27, 2022
87%
RM 4,360.00 RM 5,000.00


65.0
Baki Lot Diperlukan
436.0
Lot Telah Terbeli
174
Penyumbang
1,792
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya memerlukan bantuan makanan dan kewangan sekarang sebab saya kena halau dengan tuan rumah 27/02/2022 sebab tak dapat nak bayar sewa rumah RM500/bulan. Dah 4 bulan saya tak dapat nak bayar sewa rumah. Saya dah tak ada pekerjaan dan dulu saya bekerja sebagai kerani di kompleks wilayah. Syarikat tempat saya kerja memberhentikan pekerja dan bayar pampasan gaji sebulan dan duit simpanan dah habis. Gaji saya masa tu RM1500.

 

Manakala suami saya bekerja sebagai pemandu teksi tapi teksi suami kena tarik balik masa covid haritu sebab tak dapat nak bayar sewa teksi sebanyak RM150 dan suami pun dah tak ada kerja. Dulu masa suami kerja kira gaji tiada, hanya pendapatan tak menentu sehari kadang-kadang dapat lepas tolak sewa RM150. Suami ada cuba cari kerja lain tapi tak dapat sebab umur dia 52 tahun. Kerja kilang pun nak yang bawah 30 tahun. Anak saya ada 5 orang dan yang sulung dah kahwin dan sudah bercerai juga. Sekarang dia duduk dengan saya dan ada anak 3 orang anak iaitu cucu saya 3 orang umur 2 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Anak saya sulung (24 tahun) kerja dekat Lotus yang no 2 (21 tahun) kerja part time Coway. Manakala no 3 (19 tahun) , 4 (19 tahun) kembar dan 5 (18 tahun) masih belajar. Anak saya yang kembar belajar kos catering dan last tu UITM. Dulu kami pernah dapat bantuan zakat tapi sekarang dah tak ada. Alasan ustaz zakat sebab anak2 saya da besar dan saya pun masa tu masih bekerja dah boleh berdikari. Anak2 saya yang belajar memang dapat bantuan PTPTN.

 

Dengan duit tu la dorang menabung simpan untuk dorang sebab saya tak dapat nak bagi duit. Nasib saya baik sebab anak-anal faham keadaan kami. Saya boleh buat kuih, nasi lemak tapi saya tak ada modal nak start. Anak saya yang sulung pernah kemalangan jalan raya, kehilangan tempurung lutut dan kulit kaki. Disebabkan dia sakit tu dia tak dapat nak kerja berdiri lama, kalau dapat duit pun dapat beli untuk susu pampers untuk anak yang umur 2 tahun. Dan kadang2 ada bagi duit beli beras dan telur, minyak masak sikit2. Sekarang ni saya sehelai sepinggang dan ada di tepi jalan menuju ke Kuala Kubu Baru. Saya pun ada sakit komplikasi darah putih dan perlukan ubat tambah darah merah. Saya sampai tak ada duit nak beli ubat saya dekat Hospital Selayang walaupun cuma bayar RM1. Saya harap sangat ada orang yang sudi bantu saya.

 

11 / 03 / 2022

Selamat pagi. Dana yang saya dapat saya gunakan bayar deposit rumah sewa baru RM1800. 

1. Sewa sebulan RM500
2. Dua bulan deposit RM1000
3. Api dan air RM200
4. Perjanjian sewa RM300
Jumlah RM2000

Baki RM230 saya beli sabun dan getah basuh rumah. Saya masih perlukan dana kerana tuan rumah lama menuntut bayaran sebanyak RM1800 ke atas tunggakan sewa 4 bulan (RM1600) ,tunggakan bil air (RM100) , tunggakan bil api (RM100) . Rumah sewa yang kami dapat sekarang banyak rosak. Buat masa sekarang anak saya sulung yang kaki cacat (tempurung lutut tak ada) itu sahaja bekerja. Tuan rumah dah pasang kipas syilling dan pili paip dah tukar. Suami tolong orang pasar malam, niaga air soya. Dia ada mohon kerja tapi semua kiv. Suami ikut orang berniaga pasar malam seminggu 3 kali saja.

 

14 / 04 / 2022

Saya disahkan Covid 19 dan menyebabkan kami semua kena kuarantin, dah tak boleh menjalankan aktiviti meniaga. Hilang lagi sumber pendapatan kami. Saya sekarang kurantin sebab covid fasa 3 di hospital Selayang. Ada masalah darah merah kurang. Dah masuk darah 2 bag 1.5 x 2.

 

14 / 06 / 2022

Sekarang saya dan keluarga tinggal di rumah sewa.. Anak sulung saya bekerja di Lotus.. Yang masih bersekolah tu yang susah, sekejap pergi sekolah sekejap tak pergi kerana duit sekolah tiada.. Dan barang makan pun hanya ada telur, minyak masak, kicap dan beras.. Rumah sewa kami ni yang rumah sewa kami dapat haritu jugak. Sebulan RM550.. Gaji anak sulung RM1200 lepas potong KWSP ada baki RM1000. Bayar motor RM220 ada baki RM730. Bayar sewa RM550.. Dan api air dalam RM100 dan baki RM80.. Suami ada cari kerja dan dapat kerja sebagai kelindan lori gaji hari RM25.. Sabtu & Ahad suami tak kerja.. Saya tak dapat nak kerja sebab umur dah 46 tahun dan kesihatan tak mengizinkan..

Read More



Updates




Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM150.00
First Contribution
Maz  RM30.00

65.0

Baki Lot Diperlukan

436.0

Lot Telah Terbeli

174

Penyumbang

1,792

Pengunjung
Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM150.00
First Contribution
Maz  RM30.00