Bayi Berusia 10 Bulan Menghidapi Sakit Kronik


Bayi Berusia 10 Bulan Menghidapi Sakit Kronik


MarhaenMY - SITI NURULLIANA BINTI MOHAMAD NASIR
KUALA KETIL, Kedah
Published: Feb 27, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
80
Penyumbang
557
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya Nurul seorang suri rumah, ibu kepada 5 orang anak dan 4 darinya masih lagi bersekolah, berumur 16 tahun, 11 tahun, dan 10 tahun. Suami saya merupakan seorang penoreh getah dan gaji hanya RM500 sahaja, gaji juga tidak menentu dan mengikut hari, suami saya juga merupakan seorang pemegang kad oku mental dan saya juga mempunyai seorang anak angkat yang berusia 10 bulan bernama Akif yang menghidapi penyakit sawan, pendarahan di otak kanan dan kiri dan juga telur otak bengkak serta otaknya kecil.

 

Saya dimaklumkan oleh pihak Doktor, mata Akif berkemungkinan menjadi buta tetapi ianya masih dalam pemantauan doktor pakar dan perlu menjalani pemantauan serta rawatan doktor pakar setiap bulan. Saya menerima bantuan daripada pihak JKM sebanyak RM450 setiap bulan namun dengan gaji suami dan bantuan ini, kami tidak mampu menampung kehidupan seharian terutamanya untuk menanggung kos rawatan Akif. Akif memerlukan rawatan yang perlu dijalankan di hospital Pulau Pinang dan juga memerlukan susu khas iaitu susu similac. Kos bulanan untuk susu Akif sahaja sudah mencecah RM400 tidak termasuk kos perjalanan rawatan setiap bulan ke Hospital Besar Pulau Pinang, kos-kos tambahan sekiranya Akif perlu duduk di wad. Akif sudah menghidapi penyakit ini selama 9 bulan. Pada 27 Disember 2021, Akif perlu dimasukkan ke dalam wad untuk dimasukkan tiup susu serta doktor ingin memantau keadaan atau aktiviti otaknya kerana bimbang kadar oksigennya yang tidak stabil dan sentiasa turun. Namun, saya tidak dapat bawa Akif ke unit pediatrik tersebut kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos. Sebelum ini Akif pernah dimasukkan ke dalam wad untuk Rawatan Rapi Pediatrik, dia memerlukan masa 19 hari di dalam PICU dan kemudian dimasukkan ke dalam wad biasa selama 2 minggu. Kos untuk kemasukan PICU ialah RM500 dan kos wad biasa ialah RM30 lebih. Kos wad biasa dapat dikurangkan kerana saya membuat rayuan ke pejabat zakat hospital untuk membantu mengurangkan jumlah bayaran kerana sudah tidak mempunyai wang lagi.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nurul  RM20.00
Top Contribution
Ama  RM1,620.00
First Contribution
Hamba  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

80

Penyumbang

557

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nurul  RM20.00
Top Contribution
Ama  RM1,620.00
First Contribution
Hamba  RM20.00