En Amirul yang berusia 26 tahun mempunyai seorang isteri yang menghidap penyakit kulit kronik dan 2 orang anak berumur 6 dan 3 tahun. Sebelum ini En Amirul dan isteri bekerja sebagai operator di Kilang Keysight Technology , Penang dan masih mampu menguruskan hal kewangan keluarga mereka.
Puan Noor Lailatul, Isteri En Amirul mula menghidap penyakit kulit ini sejak 2 tahun dahulu, namun sejak 3 bulan yang lepas keadaan Puan Laila bertambah teruk dan paling teruk semenjak 3 minggu lepas yang menyebabkan beliau terlantar dan memerlukan penjagaan rapi.Hal ini menyebabkan En Amirul tidak dapat bekerja selama hampir 3 bulan.Tambahan pula, En Amirul perlu menguruskan kedua-dua anaknya yang masih kecil dan salah seorang anaknya yang sudah bersekolah.
Bermula 21/2/2022 Puan Noor Lailatul telah dimasukkan ke wad kerana mengalami pendarahan yang teruk dan sehingga sekarang masih berada di wad. En Amirul sangat memerlukan bantuan dari segi kewangan dalam menguruskan makan pakai anak-anaknya, bil elektrik sebanyak RM1650 yang tertunggak sejak bulan 9 tahun lepas ,duit sewa sebanyak RM750 sejak sebulan lepas serta kos dalam menguruskan ubat-ubatan dan rawatan isterinya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.